Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tergamak persenda orang gelandangan makan Oreo yang diisi ubat gigi, bukan krim

Gara-gara ingin mendapat nama di media sosial, seorang lelaki sanggup mempersendakan orang lain dengan cara yang tidak manis.

Anggaran Waktu Membaca:
Tergamak persenda orang gelandangan makan Oreo yang diisi ubat gigi, bukan krim

Gambar: Youtube

Diterbitkan : 23 Apr 2018 12:58PM Dikemas Kini : 25 Apr 2018 09:38AM

BARCELONA: Gara-gara ingin mendapat nama di media sosial, seorang lelaki sanggup mempersendakan orang lain dengan cara yang tidak manis.

Kanghua Ren yang dikenali dengan gelaran ReSet di YouTube menarik perhatian orang ramai baru-baru ini disebabkan video di mana dia menipu seorang gelandangan, dengan memberinya biskut Oreo yang intinya digantikan dengan ubat gigi.

Lelaki 20 tahun itu kononnya bertindak baik dengan memberi biskut Oreo kepada Gheorge L yang hidup merempat di Barcelona. Mangsa 52 tahun tersebut tidak mengesyaki bahawa sebenarnya biskut Oreo itu disapukan dengan ubat gigi, menurut laporan Mail Online.

Lima minit kemudian, Gheorge mula muntah-muntah dan rasa sakit. Warga Romania itu sehinggakan rasa cemas dan khuatir kerana tidak ketahui apa yang dimakannya. Namun, ReSet kelihatan tidak rasa bersalah pun dalam video itu.

Malah, dia sempat bergurau dengan berkata: "Mungkin saya keterlaluan kali ini, tetapi lihatlah dari sudut positif: sekurang-kurangnya ia akan bantu membersihkan giginya. Saya rasa dia belum berus gigi sejak menjadi miskin."

Ekoran tindakan yang tidak berhati perut itu, ReSet mengundang banyak kritikan daripada netizen yang menonton laman YouTubenya yang dilanggani lebih sejuta pengguna.

Lantaran itu, blogger yang meraih sekitar S$3,200 melalui laman YouTubenya itu kononnya berusaha untuk menebus kesilapan dengan menyatakan hajat untuk bermalam dengan Gheorge.

ReSet juga menawarkan wang kepada Gheorge supaya tidak membesar-besarkan insiden tersebut selepas menurunkan videonya, menurut laporan Mail Online.

Bagaimanapun, sebelum sempat berlaku demikian, lelaki muda itu kini menghadapi tuduhan melakukan kesalahan tidak berakhlak. Dia boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun jika didapati bersalah.

Selain itu, pendakwa juga meminta S$48,000 sebagai pampasan kepada Gheorge yang berkata bahawa dia tidak pernah dihina seburuk itu sepanjang kehidupannya sebagai gelandangan.

ReSet juga dilaporkan Mail Online sebagai pernah mengisi roti dengan najis kuching dan memberikannya kepada kanak-kanak sekolah serta warga tua sebelum ini.   

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan