Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Terbukti, anak sulung lebih bijak! Menurut kajian ini...

Kajian baru menunjukkan bahawa anak sulung selalunya yang paling bijak dan ia salah ibu bapa. 

Anggaran Waktu Membaca:
Terbukti, anak sulung lebih bijak! Menurut kajian ini...

Gambar hiasan. (Gambar hiasan: Edric Sng)

Diterbitkan : 27 Dec 2017 07:29PM Dikemas Kini : 27 Dec 2017 07:31PM

BRITAIN: Kajian baru menunjukkan bahawa anak sulung selalunya yang paling bijak dan ia salah ibu bapa.

Para pengkaji daripada Universiti Edinburgh mendakwa mereka dapat menyelesaikan soalan yang sekian lama didebatkan dan hasil kajian mereka membuktikan bahawa anak sulung mempunyai IQ yang lebih tinggi.

Mereka mengatakan sedemikian kerana ibu bapa memberikan lebih banyak perhatian dan simulasi mental yang lebih kepada anak sulung mereka, serta kurang memberi perhatian terhadap anak-anak yang lain, menurut laman Ladbible.

Hasil kajian ini diterbitkan dalam Jurnal Human Resources untuk menjelaskan bahawa tatatertib kelahiran yang menunjukkan bahawa anak sulung seringkali mendapat kerja yaang lebih baik dan pendidikan yang baik.

Kajian tersebut meninjau hampir 5,000 kanak-kanak sebelum mereka dilahirkan sehingga berusia 14 tahun, yang diuji kosa kata mereka dan pembacaan.

Dr Ana Neuvo-Chiquero dari Sekolah Ekonomi Universiti Edinburgh mengatakan: "Hasil kajian kami menunjukkan bahawa perbezaan sikap ibu bapa merupakan satu kemungkinan penjelasan terhadap tertib kelahiran yang menyebabkan perbezaan terhadap mutu pendidikan dan kerjaya," ditukil laman Ladbible.

Bagaimanapun, anda yang bukan anak sulung jangan mula meradang atau cepat naik angin dengan laporan ini. Ini hanya salah satu perspektif. Ada banyak laporan lain yang menyebelahi anak tengah ataupun anak bongsu.

Sebahagian kajian dan laporan lain menyatakan bahawa anak 'tengah' lazimnya lebih berjaya dalam hidup berbanding yang lain.

Anak bongsu pula tidak perlu khuatir! Ini kerana dalam kajian yang lain, ia menunjukkan anak bongsu lebih mempunyai sifat kreatif dan kelakar berbanding anak sulung.

Kajian yang dijalankan oleh YourGov mendapati bahawa 46 peratus anak bongsu lebih kelakar berbanding hanya 36 peratus anak sulung, menurut laman Ladbible. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan