Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tandas ini yang paling indah di Norway!

Kalau negara Jepun terkenal dengan tandas automatiknya, tandas di Norway ini mungkin antara tandas yang paling cantik di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Tandas ini yang paling indah di Norway!

Tandas indah di Norway. (Gambar: Instagram / norwegianarchitecture)

Diterbitkan : 10 Apr 2018 04:38PM Dikemas Kini : 10 Apr 2018 04:40PM

NORWAY: Kalau negara Jepun terkenal dengan tandas automatiknya, tandas di Norway ini mungkin antara tandas yang paling cantik di dunia.

Terletak di Gildeskål, berdekatan kawasan Norwegian Scenic Route Helgelandskysten, reka bentuk tandas ini menggunakan reka bentuk minimalis dan bumbungya pula bergelombang, menurut laman BBC Indonesia.

Apabila waktu malam, cahaya dari tandas ini bersinar terang, dan jika ia dilihat dari jauh, orang ramai mungkin tersilap pandang dan menganggap tandas ini sebuah hotel.

Tandas ini sahaja mampu menjadi daya tarikan kepada para pelancong di Norway. Dari tandas ini, mereka dapat melihat pemandangan pantai dari pergunungan ais.

Malah, tandas ini bukan hanya tandas biasa! Terdapat kawasan pertunjukan terbuka dan juga tempat meletak kereta di sini.

Menurut laman Lonely Planet yang ditukil BBC Indonesia, pemerintah Norway sedang merancang untuk memperbanyakkan tandas seperti ini di kawasan-kawasan lain yang sering dikunjungi pelancong. Ini termasuk di Ryfylke, Hardangervidda, Helgelandskysten, Andøya dan Lofoten.

Bahkan, ini bukanlah tandas indah pertama di Norway. Tandas umum di Aurland juga mirip tandas umum ini.

Bezanya, tandas ini terletak di hujung cenuram yang mempunyai permandangan yang indah ke kawasan pergunungan.

Jika anda duduk di jamban seperti itu, anda dapat menikmati permandangan yang indah dari kawasan tinggi, menurut BBC Indonesia.  

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan