Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tahukah anda bahawa merokok boleh meningkatkan risiko demensia?

Satu lagi insentif untuk anda berhenti merokok.

Anggaran Waktu Membaca:
Tahukah anda bahawa merokok boleh meningkatkan risiko demensia?

Gambar fail seorang lelaki yang merokok. (Gambar: AFP/Oscar Siagian)

Diterbitkan : 19 Sep 2018 10:23PM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 10:30PM

KOREA SELATAN: Satu lagi insentif untuk anda berhenti merokok.

Tahukah anda bahawa dengan berhenti merokok, ia dapat mengurangkan risiko mengalami demensia?

Para penyelidik dari Korea Selatan menjalankan tinjauan ke atas seramai 46,140 lelaki, yang berusia 60 tahun dan ke atas, dan secara purata memantau keadaan mereka selama lapan tahun termasuk menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa, lapor The New York Times.

Sepanjang tempoh kajian tersebut, seramai 1,644 responden didiagnosis mengalami Alzheimer atau jenis demensia yang lain.

The New York Times melaporkan bahawa selepas mengambil kira faktor-faktor seperti usia, indeks jisim tubuh, tekanan darah, aktiviti fizikal dan ciri-ciri kesihatan dan tingkah laku, mereka mendapati bahawa kaum lelaki yang kurang merokok, kurang berisiko mengalami demensia.

Berbanding lelaki yang merokok berterusan, lelaki yang sudah berhenti merokok sehingga tempoh selama empat tahun, risikonya adalah 13 peratus lebih rendah, manakala mereka yang sudah berhenti merokok selama empat tahun atau lebih, mempunyai risiko 14 peratus lebih rendah, dan bagi golongan yang tidak pernah merokok sama sekali, risiko mengalami demensia adalah 19 peratus lebih rendah.

Para penulis akur bahawa mereka tidak mempunyai data mengenai tahap pendidikan, yang merupakan faktor risiko seseorang itu mengalami demensia, dan tempoh kajian susulan selama lapan tahun mungkin tidak cukup lama untuk mengesan semua kes demensia, iaitu sejenis penyakit yang memburuk secara perlahan-lahan.

"Tabiat merokok tidak disifatkan sebagai faktor risiko bagi demensia," kata penulis utama, Dr Daein Choi, seorang penyelidik di Kolej Perubatan Universiti Seoul. "Hasil kajian kami menunjukkan bahawa dengan berhenti merokok, atau mengurangkan merokok, ia mungkin dapat membantu mengurangkan risiko mengalami demensia." 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan