Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

SUV mewah pertama Proton bakal dilancarkan

PROTON Holdings Bhd sudah bersedia untuk memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV), produk pertama yang dibangunkan secara usaha sama dengan rakan kongsinya, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Zhejiang Geely). 

Anggaran Waktu Membaca:
SUV mewah pertama Proton bakal dilancarkan

Petikan skrin kenderaan SUV mewah pertama Proton. (Gambar: Facebook / Proton Cars)

Diterbitkan : 11 Apr 2018 06:14PM Dikemas Kini : 11 Apr 2018 06:18PM

KUALA LUMPUR: PROTON Holdings Bhd sudah bersedia untuk memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV), produk pertama yang dibangunkan secara usaha sama dengan rakan kongsinya, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Zhejiang Geely). 

Naib Presiden Pemasaran dan Penjualan Proton Abdul Rashid Musa, berkata model tersebut merupakan SUV Segmen C mewah pertama yang dikeluarkan oleh jenama automotif Malaysia itu.

"SUV tersebut akan dilengkapi dengan tambahan ciri-ciri berteknologi canggih seperti pengecaman suara, kamera 3D 360 darjah dan aspek keselamatan yang lebih maju seperti kawalan laju jajap mudah suai dan bantuan brek kecemasan automatik serta banyak lagi," kata Encik Abdul Rashid hari ini (11 Apr).

SUV tersebut akan menjadi titik tolak pelbagai model baru bagi syarikat berkenaan. Beliau juga menyeru kepada orang ramai supaya melihat masa hadapan Proton melalui tinjauan ke atas kenderaan itu dengan lebih dekat.

Beliau tidak mendedahkan tarikh pelancaran, bagaimanapun, satu undian online sedang diadakan bagi menentukan nama yang paling sesuai untuk SUV itu.

"Undian dalam talian yang dilancarkan oleh Proton pada halaman Facebook syarikat berkenaan, mempelawa orang ramai untuk mengundi nama SUV pertamanya dan ini menarik respons yang luar biasa pada sembilan hari pertama," kata Encik Abdul Rashid.

Sehingga 11 April, lebih 69,000 pengguna Facebook mengambil bahagian dalam pengundian manakala video yang dipaparkan ditonton sebanyak lebih 165,000 kali.

Lebih 1,000 orang berkongsi kandungan berkaitan di halaman peribadi mereka sendiri, sekali gus meningkatkan jangkauan potensi langkah itu.

"SUV baharu Proton, merupakan satu loncatan yang signifikan kepada syarikat dan oleh itu kami ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia kerana ia juga merupakan simbol kejayaan negara," kata Encik Abdul Rashid.

Proton akan merancakkan aktiviti bagi meningkatkan kesedaran ke atas produk dan keterujaan di kalangan rakyat malaysia, apabila tarikh pelancaran rasmi semakin dekat.

Sebanyak 50.1 peratus Proton dimiliki oleh DRB-HICOM Bhd dan 49.9 peratus lagi, dipegang oleh Zhejiang Geely.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan