Images
  • susu
    Gambar hiasan.

Susu coklat mungkin pilihan lebih baik untuk atlit berbanding minuman sukan

REUTERS: Para atlit yang meminum susu coklat semasa bersenam atau selepas senaman berat mungkin mengambil masa yang sama pantas jika mereka meminum minuman sukan menurut satu penilaian penyelidikan.

Apa yang dimakan dan diminum semasa dan selepas senaman berat boleh menjejas bagaimana otot mereka pulih dan sepantas mana tubuh menggantikan cecair serta elektrolit yang hilang semasa senaman. Demikian menurut kajian sebelum ini.

Kebanyakan kajian yang menilai sama ada minuman mengandungi karbohidrat dan elektrolit ataupun protein membantu proses pemulihan, tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan kukuh tentang pilihan minuman manakah yang terbaik. Demikian menurut para pengkaji dalam Jurnal Nutrisi Klinikal Eropah.

Bagi analisa mereka, para penyelidik berkenaan meneliti data dari 12 kajian yang lebih kecil yang membandingkan bagaimana susu coklat mempengaruhi beberapa petanda proses pemulihan bersenam berbanding minuman plasebo ataupun minuman sukan.

Secara keseluruhan, kajian baru tersebut mendapati bahawa susu coklat melambatkan keletihan dan memulihkan kadar denyutan jantung ataupun tahap asid laktik di dalam darah sama dengan minuman-minuman lain.

“Susu coklat mengandungi karbohidrat, protein, lemak, flavonoid, elektrolit dan beberapa vitamin yang menjadikannya satu pilihan baik bagi proses pemulihan para atlit,” kata penyelidik kanan kajian itu, Dr Amin Salehi-Abargouei dari Universiti Sains Perubatan Shahid Sadoughi di Yazd, Iran.

Namun, bagaimana susu coklat berfungsi berbanding minuman-minuman lain juga bergantung kepada pilihan-pilihan alternatif yang dipertimbangkan kata pengarah Makmal Prestasi Manusia di Universiti James Madison, Harrisonburg, Virginia, Amerika Syarikat, Mike Sanders.

Pilihan terbaik bagi minuman selepas bersenam banyak bergantung kepada setiap atlit dan jenis senaman yang dilakukan, menurut Sanders lagi.

- REUTERS/HS/hs

Top