Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia arah hentikan promosi LaVida Coin

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan notis mengarahkan penganjur Lavidacoin untuk menghentikan semua aktiviti promosi berkaitan LaVida Coin berkuat kuasa serta-merta, sementara menunggu semakan lanjut oleh pengawal selia itu berhubung perkara tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia arah hentikan promosi LaVida Coin

Logo LaVida Coin (Gambar: Lavidacoin.com)

Diterbitkan : 06 Sep 2018 10:54AM Dikemas Kini : 06 Sep 2018 11:02AM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan notis mengarahkan penganjur Lavidacoin untuk menghentikan semua aktiviti promosi berkaitan LaVida Coin berkuat kuasa serta-merta, sementara menunggu semakan lanjut oleh pengawal selia itu berhubung perkara tersebut.

"Pelabur diingatkan berhati-hati dan mengambil langkah wajar sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan, terutamanya yang melibatkan mata wang kripto dan token digital," menurut SC dalam kenyataan pada Rabu (5 Sep).

SC menyatakan , DSV Crypto Club, LUX Galaxies dan VI Profit Galaxy, yang didapati mempromosikan LaVida Coin, turut dimasukkan dalam Senarai Amaran Pelabur SC yang dipaparkan di www.sc.com.my.

Mata wang kripto itu dilancarkan oleh ratu kosmetik Hasmizah Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan