Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Suami kahwinkan isteri dengan kekasih

Sejak berkahwin pada 19 Februari lalu, Sujit sering melihat isterinya bersedih dan akhirnya Shanti mengaku bahawa dia sebenarnya mempunyai kekasih serta dipaksa berkahwin.

Anggaran Waktu Membaca:
Suami kahwinkan isteri dengan kekasih

Sujit (kanan) mengahwinkan isterinya, Shanti. (Gambar: Sinar Harian)

Diterbitkan : 03 Jun 2018 10:28PM Dikemas Kini : 03 Jun 2018 11:03PM

KANPUR: Seorang suami yang mendapat tahu isteri yang baru dikahwininya mencintai lelaki lain sanggup mengadakan majlis menyatukan pasangan berkenaan.

Umpama adegan di dalam filem begitulah yang terjadi di kampung Sanigwan India, apabila lelaki yang dikenali sebagai Sujit mengaturkan satu majlis untuk mengahwinkan isterinya, Shanti dengan kekasihnya bernama Ravi.

Sejak berkahwin pada 19 Februari lalu, Sujit sering melihat isterinya bersedih dan akhirnya Shanti mengaku bahawa dia sebenarnya mempunyai kekasih serta dipaksa berkahwin.

Sujit yang terkejut dengan pengakuan isterinya berjanji untuk mengahwinkannya dengan Ravi. Sujit kemudian bertemu keluarga kedua-dua pihak untuk meyakinkan mereka mengenai rancangannya dan meminta polis untuk membantu. Akhirnya pada Rabu lalu, ratusan penduduk berkumpul di sebuah kuil di kampung itu untuk menyaksikan perkahwinan Shanti dan Ravi.

"Pada mulanya, pelbagai fikiran negatif timbul dalam fikiran, saya juga terfikir untuk menghapuskan kedua-duanya, namun keluarga kami akan turut terjejas, jadi selepas berbincang dengan ahli keluarga, saya membuat kesimpulan kami semua boleh hidup bahagia," kata Sujit.

Sumber : Agensi berita/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan