Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Starbucks bakal henti sediakan penyedut minuman plastik jelang 2020

Pelaksanaan bertahap-tahap bertujuan kurangkan sisa plastik

Anggaran Waktu Membaca:
Starbucks bakal henti sediakan penyedut minuman plastik jelang 2020

(Gambar hiasan: REUTERS/Beawiharta)

Diterbitkan : 10 Jul 2018 08:49PM Dikemas Kini : 10 Jul 2018 08:52PM

SEATTLE: Menjelang 2020, para pelanggan tidak akan diberikan penyedut minuman plastik di kesemua cawangan Starbucks di seluruh dunia.

Langkah itu akan dilaksanakan di lebih 28,000 cawangan kendalian syarikat dan berlesen. Perkara itu diumumkan syarikat gergasi kopi tersebut pada 9 Julai.

Starbucks menyatakan bahawa sebaliknya ia akan menyediakan penutup minuman tanpa penyedut atau penyedut yang diperbuat daripada bahan-bahan lain.

Bagi para pelanggan yang lebih suka atau perlu menggunakan penyedut, Starbucks menyatakan bahawa penyedut diperbuat daripada kertas atau plastik yang mesra sekitaran akan disediakan untuk minuman Frappuccino.

Starbucks adalah di kalangan beberapa syarikat besar yang mengumumkan langkah-langkah bertujuan mengurangkan sisa plastik. Syarikat perabot gergasi Sweden, IKEA baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan berhenti menjual produk-produk plastik sekali guna di semua kedainya di seluruh dunia, menjelang 2020.

Menurut Starbucks, penutup minuman tanpa penyedut yang baru akan pertama kali dilaksanakan di Seattle dan Vancouver pada suku ketiga tahun ini. Pelaksanaan bertahap-tahap di Amerika Syarikat dan Kanada akan menyusul.

Pelaksanaan global akan bermula di Eropah, di beberapa cawangan di Perancis dan Belanda.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan