Images
  • apple music
    Petikan skrin laman Apple Music.

Singtel bakal tawarkan Apple Music tanpa had data

SINGAPURA: Singtel sedang bekerjasama dengan Apple bagi menawarkan khidmat penstriman Apple Music melalui yuran bulanan, yang tidak akan menggunakan had data mudah alih sedia ada pelanggan.

Tawaran syarikat telko itu sekaligus disifatkan sebagai kerjasama pertama seumpama itu di Singapura.

Khidmat Apple Music bebas data disediakan bermula Khamis (31 Mei) hanya kepada pelanggan mudah alih posbayar melalui yuran bulanan S$9.98, dengan pelanggan baru dan yang mengambil semula kontrak memperolehi langganan percuma enam bulanan tanpa sebarang kontrak minimum, menurut syarikat telko itu dalam kenyataan medianya pada Rabu.

Ini lebih dua tahun selepas ia melancarkan Singtel Music, yang membolehkan pelanggan mudah alih posbayar mendaftar bagi tawaran bebas data serupa dengan pesaing khidmat penstriman muzik Spotify. Khidmat tersebut berharga S$9.90 sebulan tanpa kontrak, menurut lamannya.

Tawaran berkenaan disediakan bagi alat Android dan iOS, termasuk Apple Watch, menurut syarikat telko itu.

- CNA/IM/im

Top