Skip to main content

Iklan

Iklan

Teknologi

Serangan siber China terhadap Taiwan lebih sukar dikesan

China bimbang Presiden Tsai mahu mendapatkan kemerdekaan rasmi, meskipun beliau mengatakan bahawa beliau mahu mengekalkan status quo dan komited kepada keamanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan siber China terhadap Taiwan lebih sukar dikesan

(Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 15 Jun 2018 10:38PM Dikemas Kini : 15 Jun 2018 10:42PM

TAIPEI: Serangan siber dari China terhadap komputer-komputer pemerintah Taiwan lebih sukar dikesan. Demikian menurut sumber yang rapat dengan perbincangan pemerintah.

Ini kerana para penggodam semakin kerap menggunakan platform online seperti enjin pencarian untuk menggodam. Meskipun kekerapan serangan oleh penggodam China menurun, kadar serangan siber sedemikian kian meningkat, menurut sumber itu.

China menafikan sebarang tuduhan bahawa ia terlibat dalam perang siber atau penggodaman, dan menyatakan ia sendiri salah satu mangsa terbesar di dunia berhubung insiden tersebut. Kedua-dua Pejabat Hal Ehwal Taiwan dan Pentadbiran Siber China tidak memberi maklum balas serta merta apabila diminta untuk memberi komen.

Serangan siber itu berlaku sedang Beijing meningkatkan tekanan diplomatik dan ekonomi di pulau yang dikuasai sendiri, yang China mendakwa adalah kepunyaannya dan menganggapnya sebagai wilayah yang tidak maju.

Sumber itu menyatakan bahawa para penggodam menggunakan teknik baru untuk menyembunyikan aktiviti mereka.

Jabatan-jabatan pemerintah Taiwan berhadapan dengan "serangan siber yang kerap berlaku dan diuji untuk kelemahan mereka, dengan jumlah serangan sebanyak 10 juta kali sebulan," menurut sumber tersebut.

Kebanyakan serangan menyasarkan sistem khidmat bukan teras, bertahap rendah, dan termasuk aktiviti-aktiviti seperti menukar laman dan memberi maklumat palsu. Bagaimanapun, terdapat juga serangan yang lebih serius terhadap sistem teras.

Sumber tersebut juga menyatakan bahawa pemerintah Taiwan mempunyai bukti bahawa beberapa serangan menyasarkan jabatan dan laman mereka dengan menceroboh sistem rangkaian internet dan mencuri kata laluan akaun. Kebanyakan serangan kini dialihkan ke negara-negara lain, menjadikannya semakin sukar untuk dikesan.

Sejak Presiden Taiwan Tsai Ing-wen dari Parti Progresif Demokratik mengambil alih pada 2016, persengkataan China berhubung pulau itu meningkat.

China bimbang Presiden Tsai mahu mendapatkan kemerdekaan rasmi, meskipun beliau mengatakan bahawa beliau mahu mengekalkan status quo dan komited kepada keamanan.

Para penganalisis menjangkakan bahawa serangan siber akan terus menimbulkan masalah bagi pemerintah Taiwan. Taiwan dijangka mendedahkan maklumat mengenai keselamatan dan strategi keselamatan negaranya akhir tahun ini.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan