Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Seorang individu berisiko buta setiap minggu

Sekurang-kurangnya seorang individu di negeri ini berisiko mengalami kebutaan setiap minggu yang berpunca daripada penyakit mata seperti Retinopati kencing manis (penyakit mata berkaitan kencing manis), Glaukoma (gangguan mata disebabkan tekanan intraokular tinggi) dan Katarak.

Anggaran Waktu Membaca:
Seorang individu berisiko buta setiap minggu

Doktor membuat sebuah pemeriksaan mata (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 05 Oct 2018 08:01AM Dikemas Kini : 05 Oct 2018 08:04AM

JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya seorang individu di negeri ini berisiko mengalami kebutaan setiap minggu yang berpunca daripada penyakit mata seperti Retinopati kencing manis (penyakit mata berkaitan kencing manis), Glaukoma (gangguan mata disebabkan tekanan intraokular tinggi) dan Katarak.

Ketua Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Dr Francesa Martina Vendargon berkata rata-rata risiko buta sering menyerang individu berusia 40 tahun dan ke atas.

“Setiap bulan kita menerima lebih 4,500 pesakit iaitu kira-kira 300 pesakit setiap hari yang berhadapan dengan risiko buta sama ada berpunca daripada penyakit mata utama seperti Retinopati kencing manis, Glaukoma dan Katarak.

"Kita mahu masyarakat ambil peduli terutama yang berumur 40 tahun ke atas untuk melakukan pemeriksaan mata sekurang-kurang sekali bagi memastikan pesakit dapat menerima rawatan susulan dan bertindak dengan segera sekiranya merasakan penglihatan semakin buruk," katanya kepada para wartawan sempena Sambutan Hari Penglihatan Sedunia pada Khamis (4 Okt).

Dr Vendargon berkata berdasarkan National Eye Survey (NESII) pada tahun 2015, selatan negara iaitu Johor dan Melaka mencatatkan sebanyak 59 peratus individu buta berpunca daripada katarak, manakala 4.5 peratus Retinopati kencing manis dan 18.2 peratus Glaukoma.

"Pengambilan sebarang ubat mengandungi steroid dan juga steroid yang terkandung dalam inhaler pesakit asma, genetik, kecederaan dan kencing manis merupakan antara faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit mata seterusnya membawa kepada risiko buta.

"Oleh sebab itu, mereka perlu datang ke hospital dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan," kata beliau.

Mengenai sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2018 yang akan diadakan di Persada Johor pada 11 Oktober ini, beliau menjangkakan seramai 600 pengunjung.

Menurutnya, pemeriksaan mata percuma akan turut ditawarkan kepada orang ramai termasuk pemeriksaan tahap penglihatan, saringan penyakit mata diabetik dan glaukoma menggunakan peralatan mesin terkini selain perkhidmatan rundingan konsultasi.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan