Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Selepas pisang goreng, kini 'durian goreng' makin dapat perhatian

Pada mulanya, Cik Mariam membuat 'durian goreng' untuk jirannya tetapi kemudian, beliau mula mendapat lebih banyak tempahan untuk pelbagai acara dan majlis keramaian.

Anggaran Waktu Membaca:
Selepas pisang goreng, kini 'durian goreng' makin dapat perhatian

(Gambar: Instagram/yelyakurniawan)

Diterbitkan : 28 Jul 2018 01:28PM Dikemas Kini : 28 Jul 2018 03:58PM

JERTIH, TERENGGANU: Musim durian dan hasil tani bagi raja buah-buahan ini banyak sekali kali ini, dengan gerai durian kelihatan di mana-mana saja.

Disebabkan ingin membawa kelainan, seorang suri rumah di Terengganu mengambil keputusan untuk menyuntik daya kreatif beliau semasa menjual raja buah tersebut.

Kita semua sudah tahu pisang goreng dan cempedak goreng, dan Cik Mariam Che Yusof, 64 tahun, dari Kampung Balik Bukit, memutuskan untuk mencuba 'durian goreng' untuk dimakan sepanjang musim tahun ini.

Pada mulanya, Cik Mariam membuat 'durian goreng' untuk jirannya tetapi kemudian, beliau mula mendapat lebih banyak tempahan untuk pelbagai acara dan majlis keramaian.

"Insya-Allah, sekiranya tiada halangan, saya berminat untuk berniaga secara serius, perniagaan durian goreng saya ini, tetapi ia hanya menjadi satu perniagaan musiman kerana durian tidak boleh didapatkan sepanjang tahun," katanya.

Cik Mariam berkata proses membuat 'durian goreng' itu bermula dengan mengeluarkan isi durian sebelum mencelupkannya ke dalam adunan tepung gandum, gula, garam dan sedikit esen vanila. Ia kemudian digoreng selama 15 minit sehingga menjadi rangup," katanya.

"Keenakan durian goreng ini tidak boleh dinafikan, tetapi ia juga boleh dimakan oleh mereka yang tidak suka durian disebabkan baunya, kerana selepas menggorengnya, bau itu akan pudar," jelasnya.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan