Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Samsung lancar Galaxy A9 khas buat Instagrammers

Jika dilihat pada dasarnya, telefon bijak baru yang dilancarkan Samsung seperti telefon bijak yang lain. Tetapi, jika anda melihatnya dengan teliti, Samsung Galaxy A9 itu dilengkapi dengan empat lensa, iaitu model pertama seumpama itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Samsung lancar Galaxy A9 khas buat Instagrammers

Galaxy A9 dilancarkan ketua divisyen telefon bijak Samsung. (Gambar: Nicole Chang)

Diterbitkan : 11 Oct 2018 09:06PM Dikemas Kini : 11 Oct 2018 09:09PM

LONDON: Jika dilihat pada dasarnya, telefon bijak baru yang dilancarkan Samsung seperti telefon bijak yang lain. Tetapi, jika anda melihatnya dengan teliti, Samsung Galaxy A9 itu dilengkapi dengan empat lensa, iaitu model pertama seumpama itu.

Menurut syarikat itu, peranti dengan skrin berukuran 6.3 inci itu direka khas bagi para pengguna Instagram. Malah, telefon bijak dengan kamera swafoto 24 megapiksel dan storan (storage) 128 gigabit itu dihasilkan supaya para pengguna dapat menghasilkan dan berkongsi gambar-gambar yang terbaik seperti yang sering diinginkan oleh para Instagrammers.

Telefon bimbit Samsung A9 juga dilengkapi ciri 'zoom optikal' dua kali ganda dan mampu mengenal pasti subjek di dalam foto menggunakan teknologi AI.

Samsung - pembuat telefon bimbit nombor satu dunia, semakin menghadapi persaingan daripada Google, Apple dan Huawei. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan