Sakura mekar di Washington DC sambut musim bunga
Di Amerika Syarikat, ribuan pelancong berkunjung ke Tidal Basin di Washington DC untuk menikmati keindahan bunga sakura yang mekar dengan bermulanya musim bunga.
WASHINGTON: Di Amerika Syarikat, ribuan pelancong berkunjung ke Tidal Basin di Washington DC untuk menikmati keindahan bunga sakura yang mekar dengan bermulanya musim bunga.
Pokok-pokok bunga sakura ini mencapai kemuncaknya pada hari Khamis dan dijangka kembang penuh selama empat hingga tujuh hari.
Bunga Sakura jenis Yoshino ini, merupakan satu daya tarikan untuk para penduduk tempatan dan pelawat asing.
Bunga ini dapat bertahan selama dua minggu, bergantung kepada keadaan cuaca tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.