Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Risiko barah mungkin lebih tinggi bagi golongan pramugari

Para pengkaji meninjau hampir 5,370 pramugari dan 2,730 orang dewasa lain yang mempunyai latar belakang sosioekonomi serupa sekiranya mereka pernah disahkan mengalami barah.

Anggaran Waktu Membaca:
Risiko barah mungkin lebih tinggi bagi golongan pramugari

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Joe Klamar)

Diterbitkan : 27 Jun 2018 10:38PM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 10:40PM

NEW YORK: Para pramugari Amerika Syarikat mungkin lebih berkemungkinan mengalami barah termasuk ketumbuhan atau tumor di bahagian buah dada, rahim, serviks (cervix), tiroid dan kulit. Demikian menurut hasil kajian terkini.

Para pengkaji meninjau hampir 5,370 pramugari dan 2,730 orang dewasa lain yang mempunyai latar belakang sosioekonomi serupa sekiranya mereka pernah disahkan mengalami barah.

Berbanding orang dewasa lain, para pramugari 51 peratus lebih berkemungkinan mengalami barah buah dada. Risiko mereka mengalami melanoma juga lebih seganda dan tiga kali ganda mereka mungkin disahkan menghidapi barah kulit.

Meskipun hasil kajian ini mengesahkan penyelidikan awal yang mengaitkan kerja sebagai pramugari dengan peningkatan risiko barah tertentu - terutamanya barha buah dada dan masalah kulit - kajian itu tidak direka untuk membuktikan sama ada atau bagaimana pekerjaan sedemikian boleh menyebabkan tumor-tumor secara langsung.

Para penyelidik juga tidak dapat menyatakan sama ada tumor tersebut tumbuh sebelum atau selepas individu itu mula bekerja sebagai pramugari. Malah kajian itu tidak mengkaji kadar pesakit barah yang masih hidup, hanya diagnosis.

Para saintis sudah lama mengesyaki bahawa risiko barah di kalangan para pramugari mungkin akibat terlalu terdedahkan kepada sinaran di altitud tinggi, pekerjaan giliran, perbezaan masa yang mengganggu waktu tidur dan mutu udara yang tidak begitu baik dalam kabin. Demikian menurut para pengkaji dalam Kesihatan Alam Sekitar.

Pendedahan matahari, adalah satu faktor utama yang mengakibatkan barah kulit, dan risikonya mungkin lebih tinggi bagi para pramugari kerana mereka mungkin menghabiskan lebih banyak masa terdedah kepada matahari semasa pesawat berhenti seketika (layovers), kata Dr. Alessandra Buja dari Universiti Padova di Itali, menerusi emel.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan