Images
  • plane in the city
    Restoran pesawat di tengah-tengah bandar, Kuala Lumpur. (Gambar: Plane in the City/Facebook)

Restoran pesawat di KL buka pintu untuk 'penumpang'

KUALA LUMPUR: Bagi yang takut menaiki pesawat atau tidak gemarkan makanan yang dihidangkan dalam pesawat, satu daya tarikan baru di Kuala Lumpur mungkin akan mengubah persepsi anda mengenai makanan di dalam pesawat.

Terletak di kawasan Bukit Bintang, 'Plane in the City' menjanjikan pengalaman baru makan dalam sebuah restoran. Namun, ia bukan sekadar restoran biasa tetapi dalam pesawat sebenar Boeing 737! Ia merupakan restoran pertama seumpamanya di Malaysia, menawarkan jamuan tiga hidangan, yang dimasak oleh Cef Eksekutif Le Meridien, Antoine Rodriguez, lapor Malay Mail.

Seperti kebiasaannya di dalam pesawat, menu hidangan tertera tiga kategori - kelas ekonomi (RM199 atau S$67), kelas bisnes (RM399 atau S$135) dan kelas pertama (RM999 atau S$337).

Para 'penumpang' juga boleh membuat pilihan tambahan 'canapes', pencuci mulut dan kek hari lahir atau ulang tahun, menurut laporan Malay Mail.

Mereka diberikan peluang untuk memasuki ruang kokpit dan berjalan di atas sayap pesawat.

Pengalaman di restoran itu berlangsung selama 90 minit dan ia boleh memuatkan 20 orang bagi setiap sesi, lapor laman Malay Mail. 


- Agensi berita/NK/nk

Top