Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Remaja maut terkena kejutan elektrik gara-gara wayar pengecas iPhone rosak

Ini mungkin boleh dijadikan peringatan supaya kita lebih berhati-hati apabila menggunakan kabel pengecas. Seorang remaja perempuan maut setelah terkena renjatan elektrik semasa tidur, akibat kabel pengecas iPhone.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja maut terkena kejutan elektrik gara-gara wayar pengecas iPhone rosak

Gambar hiasan. (Gambar: Apple)

Diterbitkan : 18 Nov 2017 12:06AM Dikemas Kini : 20 Nov 2017 11:04PM

VIETNAM: Ini mungkin boleh dijadikan peringatan supaya kita lebih berhati-hati apabila menggunakan kabel pengecas. Seorang remaja perempuan maut setelah terkena renjatan elektrik semasa tidur, akibat kabel pengecas iPhone.

Remaja Vietnam itu, Le Thi Xoan 14 tahun, dilaporkan bergolek ke atas kabel yang sudah koyak itu semasa sedang tidur. Malangnya dia terkena kejutan elektrik daripada kabel tersebut, lapor polis Vietnam di Hanoi.

Dia dijumpai tidak sedarkan diri oleh ibu bapanya dan dikejarkan ke sebuah hospital tempatan; bagaimanapun para doktor tidak dapat menyelamatkannya dan dia disahkan meninggal dunia, lapor laman Daily Mail.

Paramedik menjumpai kabel itu dengan bekas terbakar pada bahagian yang koyak. Mereka percaya bahagian yang koyak itu mungkin menyebabkan wayar hidup di dalamnya terkeluar.

Menurut para penyiasat, polis percaya remaja berkenaan sedang mengecas iPhone 6 dan membiarkannya di atas katil seperti biasa setiap malam, lapor Daily Mail.

Mereka mengatakan tragedi itu mungkin berlaku semasa dia tidur dan bergolek ke atas kabel yang sedang mengecas iPhone tersebut sebelum terkena renjatan elektrik.

Kabel itu sedang diperiksa namun pihak berkuasa menyatakan mereka masih perlu mengenal pasti sama ada ia adalah pengecas asli Apple atau alat dari pihak ketiga.

Secebis pelekat yang diletakkan pada bahagian depan kabel juga menunjukkan mangsa mungkin menyedari bahawa ia sudah koyak tetapi masih terus menggunakannya, lapor Daily Mail.

Sumber : Agensi berita/NK/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan