Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ratu cantik pengsan ketika diumum sebagai pemenang

Seorang ratu cantik dari Paraguay tiba-tiba pengsan di atas pentas sebaik saja dinobatkan sebagai pemenang peraduan Miss Grand International 2018 baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Ratu cantik pengsan ketika diumum sebagai pemenang

Clara Sosa (kiri) dari Paraguay dan Meenakshi Chaudhary (kanan) dari India. (Gambar: Miss Grand International Co., Ltd/menerusi AP)

Diterbitkan : 27 Oct 2018 11:35AM Dikemas Kini : 27 Oct 2018 11:45AM

YANGON: Seorang ratu cantik dari Paraguay tiba-tiba pengsan di atas pentas sebaik saja dinobatkan sebagai pemenang peraduan Miss Grand International 2018 baru-baru ini.

Miss Paraguay, Clara Sosa, terlalu gementar sebelum detik pengumuman tersebut - dan inilah yang mungkin menyebabkan ratu cantik itu rebah.

Menurut laporan Associated Press, Cik Sosa sedang berpegang tangan dengan Meenakshi Chaudhary dari India, yang dinobatkan pemenang tempat kedua, semasa insiden tersebut.

(Gambar: Miss Grand International Co., Ltd/menerusi AP)

(Gambar: Miss Grand International Co., Ltd/menerusi AP)

Cik Sosa bagaimanapun bangun semula selepas pengsan.

Beliau kemudian dilihat melambaikan tangannya serta menitiskan air mata dan tersenyum ke arah kamera sebelum menerima pelukan daripada para pesaingnya yang lain.

Dalam satu wawancara sebelum majlis pengumuman tersebut, Cik Sosa yang kelihatan tercungap-cungap berkata bahawa beliau mungkin memerlukan seorang doktor kerana beliau merasakan dirinya akan mengalami serangan jantung.

“Saya rasa anda perlu panggil doktor kerana saya hampir kena sakit jantung sekarang,” katanya, seperti yang dipetik oleh Associated Press.

Pusingan terakhir pertandingan ratu cantik antarabangsa itu diadakan di Yangon, Myanmar. 

Sumber : AP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan