Ratu cantik Filipina dinobat Miss Tourism International 2017/2018
Ratu cantik Filipina, Jannie Loudette Alipo-on, dinobatkan sebagai Miss Tourism International 2017/2018 selepas berjaya menewaskan 46 peserta lain pada pertandingan akhir di sebuah hotel malam Rabu (6 Dis).
PETALING JAYA: Ratu cantik Filipina, Jannie Loudette Alipo-on, dinobatkan sebagai Miss Tourism International 2017/2018 selepas berjaya menewaskan 46 peserta lain pada pertandingan akhir di sebuah hotel malam Rabu (6 Dis).
Wanita berusia 25 tahun itu menerima mahkota kejuaraan daripada pemenang tahun lalu, Ariel Pearse dari New Zealand.
Jannie membawa pulang biasisiwa bernilai RM60,000 (S$19,800) daripada Limkokwing University of Creative Technology, wang tunai RM10,000 (S$3,300), trofi dan beberapa hadiah sampingan lain.
Selain gelaran utama, Maja Aleksandra, 17, dari Poland memenangi gelaran Miss Tourism Metropolitan International, Lois Merry Tengel, 20, dari Indonesia ( Miss Tourism Cosmopolitan), Diana Hills,20, dari Australia (Miss Tourism Global), Julia Do Vale Horta,23, dari Brazil (Dreamgirl of the Year) dan peserta Thailand, Tamolrut Tanon, 20, dinobatkan sebagai Miss South East Asia.
(Gambar: Pilipino Star Ngayon/ Facebook)
Peserta Malaysia, Melissa Ng Sook Khuan, 24, memenangi gelaran Miss Glowing Glojas.
Pertandingan ratu cantik dengan tema "Menggalakkan Pelancongan, Kebudayaan dan Persahabatan" itu adalah platform untuk mencari bakat antarabangsa bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.