Images
  • Harry and Meghan
    Putera Harry dan meghan Markle. (Gambar: PAUL ELLIS / AFP / POOL)

Putera Harry kini bergelar suami kepada 'puteri' idamannya - Meghan Markle

BRITAIN: Putera Harry dan pelakon Amerika Syarikat Meghan Markle akhirnya bergelar suami isteri setelah selamat disatukan dalam satu upacara yang amat dinanti-nantikan tahun ini.

Sejak awal lagi, para peminat kepada keluarga kerabat diraja ini sudah membarisi jalan-jalan raya yang menuju ke Windsor Castle di mana upacara perkahwinan ini dilangsungkan.

Gereja St George menjadi pilihan bagi upacara penuh istiadat ini - dihadiri ramai personaliti terkenal serta ahli keluarga kerabat diraja Britain.

Ini termasuk Ratu Elizabeth II serta suami dan juga Putera Charles yang mengiringi Meghan semasa beliau memasuki dewan utama gereja.

Putera William pula hadir sebagai pengapit kepada Putera Harry.

Awal pagi tadi, Kensington Palace mengumumkan Putera Harry akan dianugerahkan gelaran Duke of Sussex. 

- Agensi berita/NT/nk

Komen Anda?

Top