Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat sehenti sokongan demensia pertama S'pura dilancarkan

Penduduk MacPherson yang mengalami demensia kini boleh memanfaatkan kemudahan baru untuk meningkatkan kesejahteraan mental mereka. Pusat Brahm merupakan pusat sehenti pertama di negara ini yang menyediakan sokongan bersepadu bagi para pesakit demensia dan penjaga mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Dec 2018 08:39PM Dikemas Kini : 08 Dec 2018 10:55PM

SINGAPURA: Penduduk MacPherson yang mengalami demensia kini boleh memanfaatkan kemudahan baru untuk meningkatkan kesejahteraan mental mereka.

Pusat Brahm merupakan pusat sehenti pertama di negara ini yang menyediakan sokongan bersepadu bagi para pesakit demensia dan penjaga mereka.

Pusat tersebut berharap dapat membantu para penduduk daripada semua peringkat umur menguruskan kesihatan mental mereka dengan lebih baik menerusi pelbagai aktiviti daripada terapi seni hinggalah kursus-kursus mengenai kesihatan dan pemikiran.

Presiden Halimah Yacob yang merasmikan pembukaan Pusat Brahm hari ini (8 Dis) menekankan pentingnya membangunkan rangkaian sokongan untuk para pesakit dimensia.

Selain itu dengan memanfaatkan para penyedia khidmat sedia ada, akses kepada perkhidmatan kesihatan mental dapat ditingkatkan menerusi penglibatan masyarakat.

Pusat Brahm juga sudah menjalankan pemeriksaan demensia untuk lebih 60 warga orang emas sejak Oktober lalu bagi mengesan dan merawat tanda-tanda awal demensia.

Anggota Parlimen MacPherson Tin Pei Ling berkata kawasan tersebut mempunyai jumlah warga senja yang ramai dan tinggal bersendirian.

Menurut Cik Tin lagi, pusat tersebut boleh menjadi tempat bagi golongan itu mendapatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan kesihatan minda.

Pusat itu juga menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi bagi Jagaan Bersepadu (AIC) untuk menubuhkan rangkaian-rangkaian sokongan berpasukan.

Selain itu, para penjaga boleh juga mendapatkan sokongan sumber dan emosi agar mereka dapat terus menjaga anggota keluarga mereka yang tersayang dengan lebih baik. 

Sumber : CNA/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan