Images
  • RF mall
    (Gambar: R&F Princess Cove Johor/ Facebook)

Pusat beli-belah baru dekat dengan CIQ Johor bakal dibuka tidak lama lagi

JOHOR BAHRU: R&F Princess Cove akan membuka pusat membeli-belah antarabangsanya yang pertama, R&F Mall, pada Disember ini.

Pusat membeli-belah tiga tingkat itu terletak di Johor Bahru, sekitar 1 kilometer dari Singapura.

Ia akan menampilkan fesyen antarabangsa, sukan, kasual dan restoran mewah, zon kanak-kanak, kecantikan dan kesihatan, produk rumah, pasar raya utama Jaya Grocer, dan pawagam terkenal dari Hong Kong, Emperor Cinema.

"R&F Mall unik dan berbeza dari mana-mana pusat membeli-belah lain di pasaran. Jika anda melihat reka bentuknya, ia adalah kombinasi sempurna dalaman dan luaran yang memberikan pengalaman membeli-belah baru," kata Pengurus Besar R&F Princess Cove, Hu Gang Zhi dalam satu kenyataan semalam (26 Jul).

R&F Princess Cove adalah pembangunan baru yang merangkumi HOPSCA (hotel, pejabat, taman, pusat membeli-belah, rumah kelab dan pangsapuri) berkonsep kehidupan Marina pertama di Asia Tenggara, dengan kehidupan moden.

R&F Mall, yang pembangunannya bermula pada 2017, memasuki peringkat akhir dan kini bersiap sedia untuk membuka pintu kepada pembeli. Lokasinya strategik, hanya tujuh minit berjalan kaki dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), yang disambungkan dengan jambatan berbumbung sepenuhnya.


(Gambar: R&F Princess Cove by R&F Properties Malaysia/ Facebook)

"Pelancarannya akan diadakan pada Disember dengan hiasan dan sambutan perayaan Hari Natal yang hebat. Kami mahu pembeli merasa seperti berada di luar negara, seperti berjalan kaki di Shanghai," kata Encik Hu. 

- BERNAMA/AQ/aq

Top