Images
  • mersing
    (Gambar hiasan: Majlis Daerah Mersing/Facebook)

Pulau pelancongan dekat Mersing dijangka ditutup pada musim tengkujuh

JOHOR BAHRU: Pulau-pulau pelancongan di daerah Mersing dijangka ditutup pertengahan atau akhir bulan ini berikutan musim tengkujuh yang dijangka bermula bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri Liow Cai Tung bagaimanapun berkata penutupan itu bergantung kepada keadaan cuaca.

"Kesemua pulau itu dijangka ditutup sehingga Mac tahun depan. Penutupan pulau di Mersing tidak termasuk pulau persendirian,” kata Cik Liow Cai Tung.

Beliau menambah, antara pulau yang dijangka ditutup itu adalah Pulau Pemanggil, Pulau Sibu, Pulau Tinggi dan Pulau Aur.

Cik Liow ditemui semasa merasmikan program ‘Car Free Day, JB Wake Up!’ dan pelancaran Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita hari ini (6 Okt).  

- BERNAMA/AQ/aq

Top