Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Portal bayar balik tunai ShopBack lancar khidmat ShopBack GO

Portal bayar balik tunai online yang popular, ShopBack, melancarkan khidmat bayaran balik tunai pertama dalam kedai ShopBack Go pada Isnin (17 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Portal bayar balik tunai ShopBack lancar khidmat ShopBack GO

(Gambar: ShopBack)

Diterbitkan : 17 Dec 2018 11:40AM Dikemas Kini : 17 Dec 2018 11:44AM

SINGAPURA: Portal bayar balik tunai online yang popular, ShopBack, melancarkan khidmat bayaran balik tunai pertama dalam kedai ShopBack Go pada Isnin (17 Dis).

Jika sebelum ini ShopBack beroperasi di domain e-dagang, ShopBack Go lebih menumpukan perhatian kepada tempat-tempat makan, dengan lebih 200 jenama F&B yang mengambil bahagian, termasuk Tiong Bahru Bakery, The Daily Cut, Forlino, Common Man Coffee Roasters, Pince & Pints, Cedele dan Paradise Group.

Para pengguna boleh mendapat bayaran balik tunai antara 5 peratus hingga 10 peratus di cawangan-cawangan F&B apabila mereka membayar menggunakan Visa atau Mastercard.

Untuk menggunakan khidmat itu, para pengguna perlu memanfaatkan aplikasi itu melalui peranti bijak mereka dan klik untuk mengaktifkan bayaran balik tunai di cawangan F&B yang mereka pilih, kemudian membuat bayaran seperti biasa, tanpa perlu memberikan sebarang maklumat kepada juruwang.

Bayaran balik tunai itu berfungsi sebagai tambahan kepada sebarang ganjaran kad kredit atau promosi-promosi sedia ada.

Pengurus kewangan Cik Mabel Ee, 30 tahun, berkata bahawa beliau berjaya memperolehi sekitar S$30 dalam bentuk bayaran balik tunai semasa tempoh ujian ShopBack Go selama dua bulan.

Shopback sudah berhasil memikat 7 juta pengguna sejak ia dilancarkan pada 2014. Khidmat itu turut disediakan di enam negara lain di rantau ini, termasuk Filipina, Taiwan dan Australia.

Menurut ShopBack, para pelanggan online sudah meraih sehingga ratusan dolar bagi bayaran balik tunai, biasanya dalam tempoh sebulan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan