Images
  • big pizza
    (Gambar: Metro.co.uk)

'Pizza gergasi' selebar empat kaki, kandungi kalori cukup seminggu

BIRMINGHAM: Ini satu cabaran bagi mereka yang suka 'makan besar' - pizza yang mengandungi kalori cukup untuk seminggu.

Pizza yang mengandungi 11,000 kalori ini pasti tidak boleh dihabiskan oleh satu orang sahaja.

Menurut laporan Metro, pizza ini sungguh besar sehinggakan setiap potongan perlu dibakar secara berasingan, kerana tidak muat dalam satu ketuhar industri.

Pelanggan yang 'berani' juga boleh memilih menambah lagi 1,200 kalori dalam hidangan mereka dengan memesan kerepek, menurut laporan Metro lagi.

Menurut Alex Amor, pengurus di Rub Smokehouse yang mereka pizza tersebut: "Kami belum pernah melihat sesiapa menghabiskan pizza ini. Saya pasti perlu lebih daripada satu orang untuk menghabiskannya."

"Saya cuba untuk habiskan pizza ini, tapi hanya boleh habiskan dua potongan sahaja," kongsi seorang pelanggan Kirstie Sutheran, seperti ditukil Metro.

- Agensi berita/TQ/tq

Top