Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Petani Kosovo sanjung Presiden AS, serigala diberi nama Trump

Apabila Hysni Rexha, seorang penternak dari Kosovo, berjaya menjinakkan empat serigala liar dari hutan, beliau tidak teragak-agak untuk memberi nama Trump kepada seekor daripada empat serigala tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Petani Kosovo sanjung Presiden AS, serigala diberi nama Trump

Encik Hysni Rexha bermain dengan serigalanya yang dinamakan Trump. (Gambar: Hazir Reka/ Reuters)

Diterbitkan : 02 Feb 2018 04:43PM Dikemas Kini : 02 Feb 2018 04:47PM

GJAKOVA: Apabila Hysni Rexha, seorang penternak dari Kosovo, berjaya menjinakkan empat serigala liar dari hutan, beliau tidak teragak-agak untuk memberi nama Trump kepada seekor daripada empat serigala tersebut.

"Saya memelihara beberapa serigala, namun yang satu ini sangat bertenaga dalam apa jua yang dilakukannya dan bijak," kata Encik Rexha, yang suka dianggap sebagai seorang doktor haiwan serba boleh. Ladang ternakannya terletak di kawasan barat Kosovo.

Encik Rexha, yang berani untuk meletakkan tangan beliau ke dalam mulut serigala, menamakan dirinya 'Alfa Wolf' dan menjadikan Trump sebagai 'timbalan'.

"Saya kagum dengan (Presiden) Trump, beliau sangat bertenaga, beliau beri arahan dan berani, itulah sebabnya saya menamakan serigala saya Trump kerana saya ingin ia melakukan perkara yang sama. Beliau tidak mengikut telunjuk orang, beliau mempunyai gaya sendiri dan melakukan misinya," kata Encik Rexha.

Selain serigala, Encik Rexha juga memelihara ayam, burung merpati, kuda, lembu, burung helang dan merak.

(Gambar: Hazir Reka/ Reuters)

Dalam satu tinjauan oleh Gallup International bulan ini untuk melihat bagaimana individu menilai prestasi para pegawai pemerintah Amerika Syarikat, Kosovo berada di tempat pertama di dunia dengan 75 peratus rakyatnya menyokong pentadbiran Trump.

Washington adalah sekutu terkuat Kosovo dari segi politik dan ekonomi.

Ramai orang di Kosovo menamakan anak lelaki mereka 'Klinton' sebagai tanda hormat kepada mantan Presiden Bill Clinton.

Encik Clinton memainkan peranan utama dalam campur tangan NATO menentang Serbia pada 1999 yang membawa kepada kemerdekaan Kosovo.

Nama 'Clinton' juga diabadikan di satu jalan raya di ibu kota Pristina manakala satu jalan lagi dinamakan sempena mantan Presiden George W Bush.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan