Images
  • anime

Pesta Anime Asia C3 ke-10 dijangka menarik 100,000 pengunjung ke S'pura

SINGAPURA: Pesta Anime Asia C3 ke-10 dijangka menarik sekitar 100,000 pengunjung ke Singapura.

Menurut penganjurnya, saban tahun, ia menyaksikan pertambahan besar jumlah pengunjung dari luar negara yang datang ke pesta itu.

Tiga dalam setiap 10 pengunjungnya adalah pelancong meliputi pelbagai lapisan usia.

Ini didorong oleh teknologi dan pendedahan terhadap penterjemahan bahasa Jepun ke Inggeris.

Dari barangan, persembahan dan peluang bergambar dengan pemain 'cosplay' terkenal, pesta yang berlangsung sehingga 2 Disember ini menyasarkan jumlah pengunjungnya kali ini naik 4 peratus.  

- CNA/NU/na

Top