Images
  • deliveroo
    Seorang pelanggan membuat pesanan Deliveroo. (Gambar: Deliveroo)

Pesan makanan Deliveroo tanpa sudu garpu sempena Hari Alam Sekitar

SINGAPURA: Anda tidak perlukan sudu garpu pakai buang? Anda kini boleh membuat pilihan itu semasa memesan makanan melalui Deliveroo.

Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia hari ini (5 Jun), khidmat penghantaran Britain itu memperkenalkan pilihan untuk menyertakan sudu garpu dalam tempahan makanan di Singapura bagi membolehkan para pelanggan untuk menolak sudu garpu plastik semasa menempah makamanan melalui aplikasi dan lamannya.

Ia juga akan menawarkan 100,000 straw yang diperbuat daripada kanji jagung kepada rakan-rakan restoran secara percuma sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk menggalak pilihan bungkusan bukan plastik.

INDIVIDU JUGA HARUS PIKUL TANGGUNGJAWAB

Inisiatif yang serupa juga disediakan oleh foodpanda.

Sejak dilancarkan pada Januari lalu, lebih 100,000 tempahan bebas plastik sudahpun dibuat di Singapura dan syarikat penghantaran makanan itu menjangkakan ia dapat menjimatkan lebih sejuta set sudu garpu menjelang 2018.

Ketika dihubungi, Majlis Sekitaran Singapura (SEC) menyatakan bahawa ia mengalu-alukan sebarang inisiatif oleh syarikat-syarikat untuk mengurangkan penggunaan plastik pakai buang yang berlebihan.

Meskipun ia menyambut baik dan maklum bahawa lebih banyak lagi yang boleh dilakukan oleh pihak syarikat, Pengarah Eksekutif SEC Jen Teo menekankan bahawa para individu juga memikul tanggungjawab untuk mengurangkan sisa secara proaktif.

"Setiap seorang daripada kita boleh membuat pilihan setiap hari untuk membantu mengurangkan sisa bungkusan makanan," kata beliau. "Misalnya, kita boleh memilih untuk tidak mengambil sudu garpu dan straw pakai buang sekiranya kita mahu membawanya pulang ke rumah atau di pejabat. Atau kita boleh membawa cawan atau sudu garpu yang boleh digunakan semula apabila makan di luar."  

- CNA/SM/aq

Komen Anda?

Top