Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pesakit kencing manis tidak lama lagi boleh gunakan kanta lekap pantau kadar gula

Mereka yang menghidapi penyakit kencing manis tentu bersetuju bahawa mereka tidak mempunyai banyak pilihan untuk memantau kadar gula dalam darah.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesakit kencing manis tidak lama lagi boleh gunakan kanta lekap pantau kadar gula

(Gambar: Park et al., Science Advances)

Diterbitkan : 03 Feb 2018 09:56PM Dikemas Kini : 04 Feb 2018 10:22PM

(Gambar: Park et al., Science Advances)

Kanta lekap yang dihasilkan lembut dan mudah dilentur dan ia terdiri daripada beberapa komponen sahaja supaya pesakit kencing manis berasa selesa. Ia juga tidak mudah pecah dan tidak mempunyai bahan tebal yang mampu menghalang daya penglihatan seseorang.

Menurut Science Alert, komponen-komponen kanta lekap itu 'disusun' di bahagian garis bentuk kanta lekap, jauh dari bahagian tengah iris mata. Kanta lekap itu dilengkapi dengan sensor yang memantau kadar gula, LED hijau, antena, dan alat penerus yang semuanya dicantumkan menggunakan wayar yang sangat halus sekali.

Antena dan alat penerus akan menerima isyarat frekuensi radio daripada pemancar, dan akan menjadikannya sebagai tenaga elektrik bagi monitor dan LED.

Apabila kadar gula dalam darah anda naik, LED dimatikan. Kanta lekap ini juga dikatakan memberi perangkaan yang tepat walaupun kadar gula dalam titisan air mata antara lima hingga 10 kali lebih rendah, lapor Science Alert.

Kanta lekap ini belum diuji pada manusia dan para saintis masih memerlukan masa untuk memperbaiki kanta lekap tersebut.

"Kami ingin menghasilkan kanta lekap bijak yang lembut dan mampu memantau kadar gula dalam titisan air mata sebagai ukur bagi masalah kencing manis di mana hasil ujian akan dipaparkan di skrin menggunakan operasi tanpa wayar," dedah pasukan saintis itu.

Kajian ini sudahpun diterbitkan dalam jurnal 'Science Advances'.

Sumber : Agensi berita/AQ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan