Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pesakit barah lebih berisiko hidap kencing manis: Kajian

Risiko hidap kencing manis meningkat selepas diagnosis barah

Anggaran Waktu Membaca:
Pesakit barah lebih berisiko hidap kencing manis: Kajian

Seorang pesakit barah jalani rawatan. (Gambar: AFP/Arindam Dey)

Diterbitkan : 20 Jul 2018 12:44AM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 12:49AM

REUTERS: Mereka yang dikesan menghidap penyakit barah mungkin lebih terdedah kepada penyakit kencing manis menurut satu kajian Korea Selatan.

Kajian itu melibatkan seramai 524,089 lelaki dan wanita, berusia dari 20 hingga 70 tahun, yang tidak menghidap penyakit barah ataupun kencing manis pada mulanya. Selepas separuh peserta mengambil bahagian dalam kajian itu untuk sekurang-kurangnya tujuh tahun, seramai 15,130 daripada mereka didapati menghidap barah dan 26,610 orang menghidap kencing manis.

Para pesakit barah didapati 35 peratus lebih berisiko menghidap kencing manis berbanding mereka yang tidak didiagnos dengan tumor berbahaya. Risiko kencing manis yang dikaitkan dengan tumor masih ketara selepas mengambil kira faktor-faktor risiko kencing manis yang lain, seperti berat badan berlebihan, merokok dan meminum arak.

“Sebab-sebab para pesakit barah mungkin mengalami risiko lebih tinggi kencing manis masih tidak jelas,” kata seorang penyelidik kanan kajian berkenaan, Cik Juhee Cho dari Universiti Sungkyunkwan, Seoul, Korea Selatan.

Di serata dunia, sekitar satu daripada setiap 10 orang dewasa menghidap penyakit kencing manis.

Kebanyakannya menghidap kencing manis jenis 2 yang berkait dengan obesiti dan penuaan dan terjadi apabila pankreas tidak dapat menggunakan dengan baik, atau tidak menghasilkan insulin hormon yang mencukupi bagi menukar gula dalam darah kepada tenaga. Jika tidak dirawat, kencing manis boleh mengakibatkan kerosakan saraf, penyakit jantung, angin ahmar dan pelbagai kondisi lain.

Masa juga memainkan peranan dengan risiko menghidap kencing manis meningkat 47 peratus pada tahun pertama atau kedua selepas diagnosis barah. Enam hingga sepuluh tahun selepas diagnosis, risiko menghidap kencing manis meningkat sebanyak 19 peratus.

Sumber : Reuters/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan