Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pernahkah anda terhidu bau harum permaidani Masjidil Haram? Ini sebabnya

Percaya atau tidak, sekitar 30,000 permaidani hijau dibentang di Makkah dan Masjidil Haram, panjangnya secara terkumpul menjangkau hampir 100 kilometer!

Anggaran Waktu Membaca:
Pernahkah anda terhidu bau harum permaidani Masjidil Haram? Ini sebabnya

Masjidil Haram, Makkah. (Gambar: AMER HILABI / AFP)

Diterbitkan : 05 Jan 2018 11:49PM Dikemas Kini : 07 Jan 2018 02:50AM

ARAB SAUDI: Percaya atau tidak, sekitar 30,000 permaidani hijau dibentang di Makkah dan Masjidil Haram, panjangnya secara terkumpul menjangkau hampir 100 kilometer!

Penjaga kedua-dua Masjid Suci itu, Raja Salman, menumpukan perhatian khusus kepada permaidani-permaidani yang berbau seharum bunga mawar supaya para jemaah boleh menunaikan solat dalam sekitaran yang menyenangkan dan selesa.

PENGHAPUSAN HABUK DAN PEMBERSIHAN

Terdapat sebuah jabatan yang dikhaskan dan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan permaidani tersebut. Sebanyak lima fasa pembersihan dilakukan setiap hari di sebuah gudang.

Pada fasa pertama, habuk dan kotoran dibersihkan menggunakan mesin canggih, lapor Al Arabiya.

Permaidani-permaidani kemudian dicuci dengan sabun dan bahan penghapus jangkitan pada fasa kedua, dengan sebuah mesin yang tidak memerlukan tenaga manusia untuk beroperasi.

Selepas itu, permaidani dibilas dan diletakkan di atas sebuah 'jambatan' bergerak di mana ia bersiap sedia untuk melalui fasa ketiga.

Ia kemudian dikeringkan secara automatik pada kelajuan tiga permaidani bagi setiap seminit setengah, menurut Al Arabiya.

Para pekerja akan mengambil permaidani yang sudah dikeringkan dan menjemurnya di bawah terik matahari seharian pada musim panas dan dua hari sekiranya ia musim sejuk.

PEMBERSIHAN, PENYENGGARAAN & SEMBURAN BUNGA MAWAR

Dalam fasa terakhir, permaidani-permaidani dibersihkan sekali lagi dengan lebih teliti menggunakan penyapu bagi memastikan tiada lagi habuk.

Akhir sekali, sebagai tanda berakhirnya proses pembersihan itu, permaidani akan disembur dengan wangian bunga mawar.

Penyelia gudang dan proses mencuci permaidani, Mohammed Al-Otaini, berkata gudangnya menerima sebanyak 200 permaidani setiap hari.

Ia disusun, diproses dan disenggara dari semasa ke semasa oleh para pekerja yang sudah dilatih, lapor laman Al Arabiya. 

Sumber : Agensi berita/NK/
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan