Images
  • rumah hantu 1
    Peserta perlu tanda tangan sebelum masuk rumah hantu ini. (Gambar: Mckamey Manor/Facebook)

Perlu tandatangan borang setebal 40 muka surat untuk masuk rumah hantu paling menyeramkan ini

AMERIKA SYARIKAT: Kalau rumah hantu khas bagi kisah legenda Pontianak dalam acara tahunan Halloween Horror Nights (HHN) di Universal Studios Singapore (USS) tidak cukup untuk membuat anda berasa takut, mungkin anda akan tertarik dengan rumah hantu ini pula.

Mckamey Manor adalah sebuah rumah hantu yang paling menyeramkan berbanding semua rumah hantu yang ada, lapor WTHR.

Rumah hantu yang terletak di Summertown, Tennessee di Amerika Syarikat itu begitu 'ekstrim' sehingga para peserta perlu mengisi borang pengecualian setebal 40 muka surat sebelum menjejakkan kaki ke dalam rumah tersebut.


(Gambar-gambar: Mckamey Manor/Facebook)

Pengunjung juga perlu memberikan ‘kata kunci’ sebelum dapat masuk rumah hantu berkenaan.

Tiada seorang pun yang mampu selesai 'mengembara' dalam rumah hantu itu tetapi jumlah mereka yang ingin mencuba begitu ramai sekali. Malah, 12News melaporkan 24,000 orang membuat permohonan untuk mencuba.

McKamey Manor dipaparkan dalam siri dokumentari Netflix ‘Dark Tourist’, sebuah program yang menunjukkan wartawan David Farrier berkunjung ke lokasi pelancongan berhantu dan luar biasa di seluruh dunia.

McKamey Manor bebas dikunjungi oleh sesiapa yang berani mencuba pengalaman menggerunkan. Pengunjung dikatakan akan mengambil masa berjam-jam untuk merayau-rayau dalam rumah hantu it.

Mereka yang berjaya menyelesaikan pengalaman masuk ke McKamey Manor akan diberikan hadiah, lapor NBC 12.


Selain daripada mengisi borang pengecualian dan memberikan ‘kata kunci’, berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi para peserta:

  • Berusia 21 dan ke atas, atau 18-20 tahun dengan izin ibu bapa
  • Pernah menjalani latihan fizikal dan mengemukakan surat doktor yang menyatakan bahawa peserta itu sihat dari segi fizikal dan mental
  • Lulus pemeriksaan latar belakang
  • Diperiksa melalui Facebook, ‘face time’, atau telefon
  • Mengemukakan bukti memiliki insurans perubatan
  • Menandatangani borang pengecualian setebal 40 halaman 

- Agensi berita/AQ/aq

Top