Skip to main content

Iklan

Iklan

Teknologi

Perkembangan bas tanpa pemandu di S'pura, luar negara

Bas ulang-alik tanpa pemandu akan melalui jalan-jalan raya di negara-negara seperti Singapura dan Belanda yang dianggap sebagai peneraju dalam inisiatif pergerakan bijak.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Dec 2018 12:01AM Dikemas Kini : 15 Dec 2018 12:08AM

SINGAPURA: Bas ulang-alik tanpa pemandu akan melalui jalan-jalan raya di negara-negara seperti Singapura dan Belanda yang dianggap sebagai peneraju dalam inisiatif pergerakan bijak.

Mediacorp tinjau apakah yang dilakukan untuk membuka laluan bagi kenderaan-kenderaan tanpa pemandu itu serta cabaran-cabarannya.

REKOD KESELAMATAN BERSIH

Di taman perniagaan dekat Rotterdam, bas-bas tanpa pemandu adalah satu pemandangan biasa. Lebih 2,000 penumpang berulang-alik menggunakan ParkShuttle, sebuah kenderaan tanpa pemandu pertama di dunia.

Mula beroperasi di Rotterdam hampir 20 tahun lalu, firma khidmat bas itu tidak pernah menghadapi sebarang isu keselamatan.

Memandangkan bas ini lalu di landasan berasingan, ia tidak perlu mengikut isyarat trafik.

Bagaimanapun, ada rancangan untuk meluaskan laluannya ke jalan-jalan raya awam.

Ini mungkin mencabar kerana ia bermakna bas-bas tersebut perlu melalui jalan-jalan raya yang sibuk dan berdepan kesesakan lalu lintas.

Namun, kemunculan teknologi baru dapat memberikan penyelesaian.

USAHA S'PURA KEMBANGKAN TEKNOLOGI BAS PANDU SENDIRI

Firma semikonduktor Belanda, NXP, sedang bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi seperti Universiti Teknologi Nanyang (NTU) Singapura untuk menguji sebuah teknologi pergerakan bijak.

Ia membangunkan satu sistem maju yang menggunakan alat-alat seperti radar dan alat penderia untuk membolehkan kenderaan tanpa pemandu mengesan dan ‘berinteraksi’ dengan keadaan sekeliling mereka dalam masa nyata.

Di Singapura, khidmat bas tanpa pemandu dijangka ditawarkan menjelang 2022.

Ujian ke atas prasarana bijak turut dilakukan bagi memastikan perjalanan yang licin buat kenderaan-kenderaan tersebut nanti.

Ini termasuk menggunakan kecerdasan buatan untuk menyesuaikan waktu lampu isyarat di persimpangan jalan berdasarkan permintaan masa nyata.

Sumber : CNA/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan