Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Perkahwinan dikaitkan dengan risiko lebih rendah serangan jantung, angin ahmar

Risiko menghidap penyakit kardiovaskular atau meninggal dunia akibat serangan jantung atau angin ahmar lebih rendah bagi mereka yang sudah berkahwin berbanding mereka yang tidak. 

Anggaran Waktu Membaca:
Perkahwinan dikaitkan dengan risiko lebih rendah serangan jantung, angin ahmar

Gambar fail: AFP

Diterbitkan : 19 Jun 2018 10:58PM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 11:00PM

REUTERS: Risiko menghidap penyakit kardiovaskular atau meninggal dunia akibat serangan jantung atau angin ahmar lebih rendah bagi mereka yang sudah berkahwin berbanding mereka yang tidak. Ini menurut satu kajian.

Para penyelidik mengkaji data daripada 34 kajian sebelum ini yang melibatkan lebih dua juta orang. Secara keseluruhan, mereka mendapati bahawa berbanding orang yang sudah berkahwin, orang dewasa yang sudah bercerai, menjadi balu atau tidak pernah berkahwin adalah 42 peratus lebih berkemungkinan menghidap penyakit kardiovaskular dan 16 peratus lebih berkemungkinan menghidap penyakit arteri koronari.

Para individu yang belum berkahwin juga 43 peratus lebih berkemungkinan meninggal dunia akibat penyakit jantung dan 55 peratus lebih berkemungkinan meninggal dunia akibat angin ahmar, menurut laporan para penyelidik dalam jurnal Jantung.

Meskipun kajian itu bukan eksperimen terkawal yang direka untuk membuktikan sama ada atau bagaimana pernikahan dapat membantu meningkatkan kesihatan jantung, terdapat banyak sebab perkahwinan mungkin mempunyai kesan perlindungan termasuk berpotensi memberi lebih kestabilan kewangan dan sokongan sosial, kata penulis kajian kanan Dr. Mamas Mamas Universiti Keele di Britain.

Dengan mempunyai pasangan hidup, ia juga boleh membantu pesakit mengesan simtom-simtom penyakit jantung awal atau tahap awal serangan jantung, tambah Dr Mamas.

Bagaimanapun perkahwinan bukanlah peramal penyakit jantung utama. Faktor-faktor seperti umur, jantina, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, merokok dan kencing manis membentuk 80 peratus daripada risiko, kata para penyelidik.

Hubungan jantina mungkin masih memainkan peranan dalam hasil yang berbeza antara pesakit yang sudah berkahwin dengan yang belum berkahwin. Ini menurut Dr Stefania Basili dari Sapienza University of Rome dan rakan-rakan kerjanya.

Ada kemungkinan para individu yang tidak berkahwin tidak menjaga kesihatan jantung mereka sebaik para individu yang sudah berkahwin menjaganya, kata Dr Mamas.

Sumber : Reuters/NA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan