Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Percaya atau tidak, sebuah rumah kini boleh dibina dalam 24 jam saja

Membina sebuah rumah lazimnya memakan masa yang agak lama dan prosesnya juga rumit. Tapi itu dulu!

Anggaran Waktu Membaca:
Percaya atau tidak, sebuah rumah kini boleh dibina dalam 24 jam saja

Rumah yang dicetak menggunakan mesin 3D. (Gambar: Apis Cor/YouTube)

Diterbitkan : 17 Mar 2017 10:39PM Dikemas Kini : 17 Mar 2017 10:43PM

RUSIA: Membina sebuah rumah lazimnya memakan masa yang agak lama dan prosesnya juga rumit. Tapi itu dulu!

Sekarang dengan adanya teknologi mesin pencetak 3D, percaya atau tidak, sebuah rumah boleh dibina dalam tempoh 24 jam saja!

Menurut laporan laman Metro, Apis Cor, iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, berjaya membina sebuah rumah seluas 400 kaki persegi dalam tempoh 24 jam saja.

Ia merupakan syarikat pertama yang membangunkan mesin pencetak 3D mudah alih, yang boleh mencetak sebuah bangunan di lokasi yang dikehendaki. Canggih bukan!

Rumah sebuah, yang berbentuk ibarat igloo seperti yang boleh dilihat dalam gambar di bawah ini, dibina berdekatan Moscow di Rusia.

Menurut syarikat itu, bahan-bahan yang digunakan boleh bertahan sekurang-kurangnya 175 tahun, lapor laman Metro.

Hanya dengan harga AS$10,134 (S$14,210) - termasuk segala kelengkapan - tidak keterlaluan jika dikatakan ini satu pelaburan yang sungguh berbaloi.

Bangunan boleh dicetak dalam apa juga bentuk dan saiz. Satu-satunya hambatan pada rekaan sedemikian adalah "hukum asas fizik".

Apis Cor menyatakan ini adalah kali pertama dalam amalan binaan di Rusia di mana cetakan dibuat sebagai sebuah rumah berbanding panel-panel yang dicetak terlebih dahulu sebelum dipasang kemudian".

Bahagian dalam rumah pula kelihatan luas. Terdapat satu ruang terbuka, tandas, rumah tamu dan dapur yang kecil tetapi berfungsi.

Syarikat itu menyatakan, pihaknya yakin ini adalah langkah pertama untuk ke pasaran binaan masa depan, yang akan tertumpu kepada teknologi cetakan 3D, lapor laman Metro. 

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan