Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Penyampai berita Kuwait digantung tugasnya kerana panggil rakan kerja 'kacak'

Kementerian Maklumat Kuwait memutuskan untuk menggantung tugas penyampai berita yang memuji keterampilan rakan sekerjanya secara langsung.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyampai berita Kuwait digantung tugasnya kerana panggil rakan kerja 'kacak'

Petikan gambar dari YouTube.

Diterbitkan : 22 May 2018 12:23AM Dikemas Kini : 22 May 2018 12:29AM

KUWAIT: Kementerian Maklumat Kuwait memutuskan untuk menggantung tugas penyampai berita yang memuji keterampilan rakan sekerjanya secara langsung.

Video YouTube yang dikongsikan dengan meluas menunjukkan penyampai berita TV Kuwait, Basma Al-Shammar, memanggil rakan wartawan lelaki sebagai "mayzoon" yang diterjemahkan bermaksud "kacak" dalam loghat tempatan.

Wartawan tersebut, Nawaf Al-Shiraki, sedang membuat liputan undian majlis daerah sebelum beliau disiarkan di TV sedang membetulkan ghutra beliau, menurut ArabNews.

Pada saat ini, Cik Al-Shammar memberitahu beliau semasa siaran langsung: "Tidak perlu betulkan ghutra anda, anda kelihatan kacak!"

Beberapa pihak menyifatkan tindakan ini sebagai aksi menggoda bagi pihak penyampai berita, lapor ArabNews. Namun beberapa lagi yang menulis di Twitter bahawa perkara tersebut tidak salah.

Seorang Anggota Parlimen Kuwait menulis kepada menteri maklumat di Twitter bahawa perkara seperti itu tidak boleh diendahkan sahaja.

Satu sumber dari saluran TV tempatan Kuwait ditukil berkata penyampai berita itu sudah digantung tugasnya dan siasatan ke atas insiden itu sedang dijalankan.  

Sumber : Agensi berita/FA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan