Images
  • money
    Gambar hiasan. (Gambar: Joseph Barrak/AFP)

Pengemis wanita meninggal dunia tapi tinggalkan wang S$1.35 juta

LUBNAN: Seorang pengemis wanita yang hidup sebatang kara dan memerlukan bantuan pemerintah di Lubnan, meninggal dunia tetapi meninggalkan jumlah wang yang begitu banyak.

Polis terkejut apabila menemui Cik Fatima Othman, 52 tahun, mengumpul wang yang banyak sementara menjadi pengemis di tepi jalan ibu kota Beirut.

Menurut Daily Mail, para pegawai polis menemui mayat beliau di sebuah kereta terbiar di kawasan Barbir bandar tersebut serta dua beg yang mengandungi wang tunai lima juta paun Lubnan (S$4,500).

Selain itu, pengemis tersebut juga menyimpan 1.7 bilion paun Lubnan (S$1.35 juta) dalam akaun simpanannya - yang ditemui polis selepas menjumpai buku depositnya untuk sebuah bank.

Jurucakap polis Joseph Musallem ditukil berkata bahawa Cik Fatima meninggal dunia akibat sakit jantung dan tiada niat jahat disyaki atas kematiannya itu.

Meskipun begitu, beliau menyifatkan penemuan tersebut sebagai "satu kejutan besar" bahawa seorang pengemis boleh mengumpulkan wang yang begitu banyak sekali.

Cik Fatima tidak boleh menggunakan tangan dan kakinya selepas tercedera semasa perang saudara Lubnan, menurut laporan tempatan yang ditukil Daily Mail.

Beliau menjadi seorang selebriti tempatan selepas gambar beliau disuapkan air oleh seorang tentera Lubnan dikongsikan secara online.  

- Agensi berita/FA/

Top