Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pengantin naik helikopter terbang ke majlis sendiri

Sewa sebuah helikopter bukan untuk terbang melihat keindahan alam, sebaliknya untuk mengambil bakal isterinya dan menghantarnya ke majlis perkahwinan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengantin naik helikopter terbang ke majlis sendiri

Gambar hiasan. (Gambar: BANARAS KHAN / AFP)

Diterbitkan : 29 Dec 2017 05:09PM Dikemas Kini : 07 Jan 2018 10:49PM

CHINA: Seorang penduduk kampung di bahagian timur China membelanjakan sebanyak 100,000 yuan (S$20,470) untuk menyewa sebuah helikopter bukan untuk terbang melihat keindahan alam, sebaliknya untuk mengambil bakal isterinya dan menghantarnya ke majlis perkahwinan mereka.

Lelaki itu berkata beliau mengimpikan untuk menaiki helikopter ke majlis perkahwinannya sendiri. Ini setelah beliau kerap melancong ke Shanghai dan Hong Kong menaiki pesawat, lapor laman Qq.com.

Si pengantin lelaki, yang enggan mendedahkan nama penuhnya, datang dari sebuah kampung berdekatan Zibo di wilayah Shandong.

Beliau ‘terbang’ sekitar sejam untuk ke Binzhou di bahagian utara Shandong untuk mengambil pasangannya. Kedua-duanya kemudian ‘terbang’ pula ke majlis mereka, lapor laman South China Morning Post (SCMP).

Sebelum itu, pengantin lelaki perlu mendapatkan pelepasan daripada penguasa penerbangan bagi helikopter tersebut – satu proses yang memakan masa dan rumit di China.

Menyewa helikopter bagi sebuah majlis perkahwinan bukan sesuatu yang luar biasa tetapi apa yang membuatkan majlis yang satu ini istimewa adalah, helikopter tersebut dicipta oleh rakan si pengantin lelaki sendiri, lapor akhbar Modern Express.

Rancangan awalnya adalah untuk pengantin lelaki menaiki helikopter sendirian untuk ke majlis perkahwinan. Namun rakan-rakannya menyarankan beliau membawa pengantin perempuan bersamanya.

Sumber : Agensi berita/NK/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan