Images
  • toruk
    (Gambar: TORUK - The First Flight)

Peminat Avatar kini boleh selami Pandora di S'pura

SINGAPURA: Pengarah James Cameron mewujudkan dunia Avatar dan selama hampir 20 tahun, ia berjaya memukau para penonton layar perak. Kini, kita boleh 'menyelami' alam fantasi itu dan menjadi sebahagian daripadanya, melalui pementasan 'immersive experience' Cirque du Soleil di Singapura.

TORUK - The First Flight mengisahkan kejadian-kejadian yang berlaku sebelum plot dalam Avatar, berlatarkan senario 3,000 tahun sebelum manusia menjejakkan kaki di tanah Pandora.

Ketika Tree of Souls yang suci, terancam akibat bencana alam, dua lelaki Omaticaya, Ralu dan Entu, mengembara untuk mencari watak utama Toruk, yang merupakan satu-satukan harapan mereka untuk terus hidup.

Pementasan itu tidak hanya memaparkan persembahan akrobatik Cirque du Soleil, tetapi patung-patung menarik dan layang-layang, serta penggunanaan pelbagai jenis media yang memaparkan visual-visual menakjubkan seperti rimba hutan, gunung-gunung, senario gempa bumi dan gunung berapi.

Para penghibur juga memakai alat yang memantau pergerakan mereka untuk mengaktifkan lampu dan paparan video ketika berada di atas pentas.

Dengan 40 projektor video, gambar-gambar ditayangkan di ruang seluas empat kali lebih besar daripada skrin IMAX. Malah, ia juga akan ditayangkan di bahagian tempat duduk penonton.

Mereka yang memuat turun aplikasi yang dihasilkan khas untuk pementasan itu boleh menggunakan telefon bimbit mereka untuk mengambil bahagian dalam kesan khas pementasan tersebut.

TORUK - The First Flight adalah pementasan Cirque du Soleil pertama yang dihasilkan berdasarkan sebuah filem. Ia juga pementasan pertama yang mempunyai tukang cerita yang bercerita dalam bahasa Inggeris.  

- CNA/AQ/aq

Top