Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pemilik restoran hasilkan robot untuk dijadikan pelayan

Kalau anda ke ibu kota Nepal, anda berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana robot-robot 'bekerja' sebagai pelayan dalam sebuah restoran.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Nov 2018 07:55PM Dikemas Kini : 28 Nov 2018 01:12AM

KATHMANDHU: Kalau anda ke ibu kota Nepal, anda berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana robot-robot 'bekerja' sebagai pelayan dalam sebuah restoran.

Naulo merupakan restoran pertama di Asia Selatan yang beroperasi sepenuhnya secara digital.

Sebaik sahaja pelanggan memasuki restoran itu, mereka boleh memesan makanan menerusi paparan skrin. Robot yang dinamakan 'Ginger' pula akan menghidangkan semua makanan yang dipesan di atas meja.

'Ginger' dihasilkan sebuah syarikat teknologi tempatan, Paaila Technology, yang menggunakan Kecerdasan Buatan. Ia dilengkapi dengan keupayaan untuk mengenal pasti objek, memahami tutur bicara para pelanggan dan mampu mengecas secara automatik.

Meskipun ia bergerak dengan agak perlahan, robot-robot ini popular dalam kalangan pelanggan, terutama sekali kanak-kanak yang sering cuba mengalih laluan jalannya.

Pengarah Paaila Technology Aayush Kasajoo, mengatakan beliau medapat ilham untuk menghasilkan 'Ginger' selepas melihat peluang-peluang memanfaatkan robot dalam industri perkhidmatan antarabangsa. Encik Aayush juga pemilik restoran Naulo.

Tiga robot sedemikian kini dikerahkan di Naulo, yang baru sahaja dibuka kepada orang ramai empat bulan lalu.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan