Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pelbagai wadah harus diteroka bagi pupuk minat anak muda terhadap Bahasa Melayu

Pelbagai wadah seperti persembahan teater dan muzik harus diteroka lagi penggunaannya di luar Bulan Bahasa, bagi memupuk minat anak-anak muda terhadap Bahasa Melayu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pelbagai wadah seperti persembahan teater dan muzik harus diteroka lagi penggunaannya di luar Bulan Bahasa, bagi memupuk minat anak-anak muda terhadap Bahasa Melayu.

Jaringan tersebut kemudian boleh digunakan untuk mengadakan pelbagai acara Bahasa Melayu di pelbagai kawasan di estet perumahan GRC Chua Chu Kang. Demikian cadangan Menteri Negara Pembangunan Negara Zaqy Mohamad yang juga Anggota Parlimen GRC tersebut, semasa acara Bulan Bahasa di GRC tersebut.

Lebih 3,000 orang peserta dan penonton hadir di acara Bulan Bahasa di Kelab Masyarakat Keat Hong pada Sabtu lalu (22 Sep).

Acara tersebut sarat dengan persembahan-persembahan budaya, termasuk tarian Melayu daripada enam sekolah di kawasan Choa Chu Kang.

Selain menghibur, persembahan budaya dan tarian itu mengandungi nilai-nilai kebudayaan yang perlu dilestarikan.

"Dalam setiap lenggok dan gerak tari tarian Melayu terdapat makna di sebaliknya," kata guru Sekolah Rendah South View, Haslinda Othman.

"Jika kita kenalkan pelajar kepada makna di sebalik lenggok tari tersebut, kita dapat memupuk minat terhadap budaya Melayu dengan lebih mendalam lagi."

Selain itu, satu pementasan Teater Masyarakat bertajuk "Harapan Irdina" yang ditulis sukarelawan Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Keat Hong dan penduduk Keat Hong turut diadakan. Melalui gaya bahasa dan jalan cerita yang relevan dengan masyarakat hari ini, para penonton dan pelakon bukan sahaja berasa terhibur malah diharap dapat mengasah penggunaan Bahasa ibunda mereka.

"Kita dapat saksikan sendiri bagaimana anak-anak muda kita dapat menonjolkan bakat ini dengan penggunaan Bahasa Melayu yang betul," kata Imran Ahmad, anggota jawatankuasa Bulan Bahasa Kelab Masyarakat Keat Hong.

Encik Zaqy juga melahirkan harapan bahawa persembahan-persembahan budaya sedemikian dapat dimanfaatkan terus di luar Bulan Bahasa.

Menurut beliau yang juga Menteri Tenaga Manusia: "Memang penting kita menggunakan pelbagai format untuk mendekati mereka dan untuk menserasikan mereka dengan penggunaan Bahasa di dalam konteks moden hari ini."

Hasilnya, menerusi kaedah ini, anak-anak muda diharap akan lebih banyak berbahasa Melayu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan