Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pelawak Jerry Lewis meninggal dunia pada usia 91 tahun

Pelakon komedi veteran Hollywood, Jerry Lewis, menghembuskan nafas terakhirnya di sisi ahli keluarga di Las Vegas semalam (20 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawak Jerry Lewis meninggal dunia pada usia 91 tahun

Pelakon komedi Jerry Lewis. (Gambar: Ethan Miller/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 21 Aug 2017 04:51PM Dikemas Kini : 21 Aug 2017 04:53PM

WASHINGTON: Pelakon komedi veteran Hollywood, Jerry Lewis, menghembuskan nafas terakhirnya di sisi ahli keluarga di Las Vegas semalam (20 Ogos).

Beliau berusia 91 tahun.

Lewis, merupakan salah seorang pelawak paling popular tahun 50-an dan 60-an.

Dilahirkan di New Jersey dengan nama Joseph Levitch, bintangnya mula bersinar bila pertama kali digandingkan dengan pelakon Dean Martin, ketika berusia 20 tahun.

Antara lakonannya yang diingati ialah dalam filem "The Bellboy" dan "The Nutty Professor".

"Dengan dukacita saya mengesahkan bahawa dunia hari ini hilang salah seorang bintang hebat," kata jurucakap medianya Nancy Kane dalam satu kenyataan. "Jerry meninggal dunia dengan aman di rumahnya dengan kehadiran kaum keluarga dan sahabat-sahabatnya."

Beliau menerima banyak pengiktirafan dari dalam dan luar negara, termasuk pencalonan bagi Hadiah Keamanan Nobel dan Legion of Honor Perancis.

Lewis juga dikenali dengan usahanya untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Distrofi Otot.

Sepanjang 45 tahun, beliau berjaya mengumpul sebanyak US$2.45 bilion (S$3.34 bilion) bagi melawan penyakit tersebut menerusi acara tahunan di televisyen.

Antara filem-filemnya yang terkenal termasuk "It's a Mad, Mad, Mad, Mad World" (1959), "The Geisha Boy" (1958) dan "Funnybones" (1984). 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan