Images
  • handphone
    Gambar seseorang menggunakan telefon bijak. (Gambar fail: AFP/Kim Jae-Hwan)

Pelanggan OCBC, UOB boleh lakukan transaksi NETS melalui telefon bimbit

SINGAPURA: Para pelanggan bank OCBC dan UOB kini boleh melakukan transaksi NETS melalui telefon bimbit masing-masing.

Ia boleh dilakukan melalui aplikasi NETSPay.

Aplikasi tersebut membolehkan pengguna menyimpan sehingga 10 kad ATM NETS secara digital.

Dengan itu, pengguna boleh menggunakan telefon mudah alih masing-masing untuk mengimbas kod QR NETS.

Pengguna juga boleh mengimbas telefon yang mempunyai teknologi NFC pada terminal NETS, untuk membuat bayaran.

Untuk memudahkan lagi transaksi, kod pin tidak akan diminta bagi pembelian yang kurang daripada seratus dolar.

NETSPay, yang dilancarkan Oktober lalu, sudah mencatat peningkatan transaksi sebanyai 70 kali ganda sejak ia dilancarkan.

- 938Live/IS/tq

Top