Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pelancong mewah S'pura gemar berjimat seperti pelancong biasa, menurut tinjauan

Nampaknya golongan yang disebut sebagai pelancong mewah tidak banyak berbeza dengan pelancong biasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelancong mewah S'pura gemar berjimat seperti pelancong biasa, menurut tinjauan

Menurut tinjauan Luxury Escapes, pelancong rakyat Singapura dan penduduk tetap gemar berjimat. (Gambar: Luxury Escapes)

Diterbitkan : 14 Sep 2018 10:41PM Dikemas Kini : 14 Sep 2018 10:46PM

SINGAPURA: Nampaknya golongan yang disebut sebagai pelancong mewah tidak banyak berbeza dengan pelancong biasa.

Satu tinjauan baru mendapati bahawa pelancong mewah dari Singapura sebenarnya lebih prihatin mengenai nilai sesuatu barangan atau perkhidmatan. Tinjauan itu mendapati bahawa mereka gemar sarapan percuma dan khidmat pengangkutan percuma dari lapangan terbang ke hotel dan berasa kecewa jika mereka harus membayar untuk khidmat tersebut.

Tinjauan mengenai Tabiat Pelancong yang dijalankan oleh laman penjualan pelancongan mewah Luxury Escapes selama tempoh enam minggu antara Jun hingga Julai melibatkan lebih 400 peserta rakyat Singapura dan responden yang duduk di Singapura.

Seramai 223 rakyat Singapura dan 189 penduduk tempatan, yang semuanya merupakan anggota Luxury Escapes, menyertai tinjauan tersebut. Untuk melayakkan diri sebagai seorang pelancong mewah, para anggota harus membelanjakan minimum S$200 setiap malam bagi penginapan.

Tinjauan itu adalah yang pertama dijalankan oleh sebuah portal berpangkalan di Australia untuk memahami keperluan para pelancong mewah di Singapura. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang perbezaan dalam cita rasa dan pilihan antara pelancong Singapura dengan Australia.

"Meskipun para pelancong mewah dipercayai mahu membelanjakan wang ketika melancong, tinjauan ini mengesahkan bahawa pelancong rakyat Singapura dan penduduk negara ini prihatin mengenai nilai yang diperolehi," kata Ketua Luxury Escapes bagi Asia, Rajah Chaudhry, kepada Mediacorp.

90 peratus responden berkata mereka akan rasa kecewa jika harus membuat bayaran tambahan bagi sajian sarapan dan khidmat pengangkutan dari lapangan terbang ke tempat penginapan.

"Kami juga terkejut dengan hasil tinjauan ini kerana meskipun terdapat trend yang semakin meningkat bagi tempahan apartmen privet atau inap desa, sebilangan besar atau 65 peratus memilih hotel dan resort mewah, manakala hanya tiga peratus yang memilih apartmen privet atau inap desa," kata Chaudhry.

Tinjauan itu juga mendapati bahawa 23 peratus responden memperuntukkan antara S$5,000 dengan S$9,999 untuk melancong; 40 peratus mempunyai bajet antara S$10,000 hingga S$24,999; manakala 13 peratus sanggup membelanjakan antara S$25,000 dengan S$49,999. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan