Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pekebun di Pahang digalak tanam limau kasturi

Pekebun di Pahang digalakkan menjadikan tanaman limau kasturi sebagai salah satu produk utama mereka ekoran permintaannya yang tinggi dalam pasaran, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Mohd Soffi Abd Razak.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekebun di Pahang digalak tanam limau kasturi

Gambar hiasan. (Gambar: @thaihoa_grocer/Instagram)

Diterbitkan : 14 Sep 2018 05:02PM Dikemas Kini : 14 Sep 2018 05:09PM

TEMERLOH: Pekebun di Pahang digalakkan menjadikan tanaman limau kasturi sebagai salah satu produk utama mereka ekoran permintaannya yang tinggi dalam pasaran, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Mohd Soffi Abd Razak.

Menurut beliau, penanaman limau kasturi di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Pahang juga setakat ini hanya menghasilkan 700 tan metrik sedangkan terdapat permintaan yang lebih tinggi untuk pengeluaran jus limau kasturi.

"Kilang memproses limau di sini mendapat permintaan untuk menghasilkan sehingga 400 tan metrik jus limau kasturi dalam tempoh setahun yang bersamaan dengan 1,200 tan metrik buah. 

"Buah limau kasturi yang telah diproses juga mendapat permintaan tinggi di luar negara termasuk dieksport ke Taiwan," kata Encik Soffi kepada para wartawan selepas melakukan lawatan ke kilang pemprosesan limau kasturi TKPM pada Khamis (13 Sep), yang turut disertai Pengarah Pertanian Pahang Zahimi Hassan.

Sementara itu, Encik Mohd Soffi berkata TKPM yang terkenal dengan pengeluaran nangka madu dan rebung madu itu juga sehingga kini sudah menghasilkan pendapatan RM82 juta (S$27 juta) dalam tempoh 14 tahun sejak ia mula di tubuhkan pada tahun 2004. 

Beliau menambah bahawa kerajaan negeri juga merancang untuk memecahkan 515 hektar tanah pertanian TKPM kepada beberapa lot tanah dengan setiap satunya mempunyai keluasan sekitar 20 hektar bagi memberi lebih banyak peluang kepada usahawan dan pekebun kecil. 

"Kerajaan negeri akan memohon bantuan peruntukan kira-kira RM2 juta (S$660,000) daripada kerajaan Pusat bagi tujuan ini dan jika semuanya mengikut perancangan, kita mahu jalan ladang sedia ada dinaik taraf kepada jalan negeri," kata Encik Mohd Soffi. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan