Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pasarkan nasi lemak, tosei, dim sun ke seluruh dunia secara francais

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ingin melihat nasi lemak, tosei dan dim sum Malaysia dipasarkan ke seluruh dunia melalui sistem francais pada suatu hari nanti.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasarkan nasi lemak, tosei, dim sun ke seluruh dunia secara francais

(Gambar hiasan: tummytalk_/Silkandsaltfood/Instagram)

Diterbitkan : 19 Sep 2018 10:25AM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 10:26AM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ingin melihat nasi lemak, tosei dan dim sum Malaysia dipasarkan ke seluruh dunia melalui sistem francais pada suatu hari nanti.

"Terdapat banyak makanan di Malaysia yang boleh dipasarkan kerana negara kita mempunyai pelbagai makanan yang sedap.

“Kita belum melihat francais berkembang dalam penjualan nasi lemak, dim sum dan tosei. Semua ini mempunyai potensi untuk berkembang ke serata dunia,” katanya dalam satu acara 'Malam Anugerah Francais Malaysia 2018' semalam (18 Sep).

Dr Mahathir selanjutnya berkata usahawan tempatan perlu mempelajari daripada sistem francais yang berjaya mengembangkan produk makanan mereka ke seluruh dunia seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Kita masih kurang memahami pengurusan francais sebab itu kita (syarikat dan usahawan) belum berkembang seperti McDonald’s.

“Ini adalah harapan kerajaan. Kerajaan sedar perniagaan francais memberi keuntungan kepada peniaga dan usahawan,” katanya.

Dalam majlis itu, Dr Mahathir menyampaikan Anugerah Francais Terbaik 2018 kepada Global Art Creative Sdn Bhd (Global Art). Syarikat itu turut merangkul dua lagi anugerah iaitu Francaisor Terbaik dan Francaisor Antarabangsa Terbaik (Asia Pasifik).

Anugerah Francais Malaysia diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat francais yang menyumbang kepada industri francais di Malaysia.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan