Images
  • neelofa starbucks pic
    Selebriti Neelofa kelihatan sedang 'bekerja' di satu cawangan Starbucks (Gambar: Instagram/Starbucks Malaysia)

Neelofa kini bergelar 'barista'

KUALA LUMPUR: Jika anda secara kebetulan singgah ke cawangan Starbucks di Hotel Four Seasons di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada petang Rabu (1 Ogos), anda mungkin menggosok mata kerana hampir tidak percaya siapa yang menyajikan minunman kegemaran anda.

Malah jangan hairan jika 'barista' tersebut asyik terhenti bekerja kerana ada pelanggan yang minta berswafoto.

Apakan tidak, kakitangan Starbucks yang disebutkan adalah selebriti terkenal yang tidak asing di kaca TV dan media sosial - Neelofa.

MINUM KOPI SAMBIL BERAMAL

Menurut laporan Marketing Interactive, Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, sebenarnya berganding bahu dengan Starbucks untuk satu kempen amal.

Dinamakan 'MY Cup of Kindness', Starbucks akan mendermakan RM0.50 (S$0.17) daripada setiap pembelian minuman tertentu, kepada badan amal yang dekat di hati usahawan selebriti itu.

Laman Malay Mail pula menukil catatan Instagram Neelofa yang juga terkenal sebagai hos rancangan hiburan Meletop:

"Anda juga boleh sertai projek istimewa ini dengan mengunjungi sebarang cawangan Starbucks pada 1 Ogos dan memesan minuman kegemaran baru saya, ' Apricot & Peach Yoghurt Frappuccino' atau 'Ruby Grape Frappuccino'".

Tidak kira anda penggemar kopi ataupun tidak, yang pasti minuman yang dibeli di Starbucks pada hari itu pasti 'meletop'.

- Agensi berita/TQ/tq

Top