Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

'Nafas Iblis' aiskrim paling pedas di dunia. Anda ingin cuba?

Sebuah kafe menghasilkan aiskrim berperisa pedas yang digelar ‘Respiro Del Diavolo’ yang membawa maksud 'Nafas Iblis’.

Anggaran Waktu Membaca:
'Nafas Iblis' aiskrim paling pedas di dunia. Anda ingin cuba?

(Gambar: Aldwych Cafe And Ice Cream Parlor/ Facebook)

Diterbitkan : 20 Jun 2018 07:10PM Dikemas Kini : 20 Jun 2018 07:19PM

SCOTLAND: Sebuah kafe menghasilkan aiskrim berperisa pedas yang digelar ‘Respiro Del Diavolo’ yang membawa maksud 'Nafas Iblis’.

Namun, aiskrim ini hanya boleh dibeli mereka yang berusia 18 tahun ke atas kerana rasanya dikatakan 'sangat pedas'.

Malah, jika anda ingin mencubanya, anda perlu menandatangani satu perjanjian bahawa anda bersetuju untuk mencuba aiskrim itu meskipun sudah diberi amaran bahawa aiskrim itu berpotensi membuat anda jatuh sakit hingga membawa maut, lapor Fox News.

Kafe yang dikenali sebagai The Aldwych menghasilkan aiskrim berperisa ‘Nafas Iblis’ itu sempena sambutan Hari Valentine's yang diraikan pada 14 Februari awal tahun ini.

Menurut Fox News, pemilik kafe berkenaan mendakwa aiskrim itu 500 kali lebih pedas daripada sos Tabasco dan tahap ini seperti empat jenis cili seperti Carolina Reaper, Pepper X, Dragon's Breath dan Naga Morich.

Secara saintifik pula, kepedasan aiskrim ini adalah 1,569,300 unit haba pada skala Scoville, iaitu unit yang digunakan untuk mengukur tahap pedas cili.

Bagi mengelak sebarang insiden buruk daripada berlaku, pekerja yang menghidangkan aiskrim itu juga perlu memakai sarung tangan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pemilik kafe, Martin Bandoni, 50 tahun, memberitahu Fox News bahawa pemakaian sarung tangan diwajibkan untuk pelindungan kerana pelbagai jenis cili mempunyai kesan yang berbeza pada kulit jika dibiarkan terlalu lama.

Bahan aiskrim yang dihasilkan menggunakan resipi turun-temurun dari Itali sejak tahun 1936 dan bahan digunakan adalah sepenuhnya daripada negara itu. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan