Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Model hodoh tarik perhatian dalam Minggu Fesyen di London

Sebuah agensi model unik dikenali sebagai Ugly Model menarik perhatian dunia apabila menyediakan perkhidmatan model hodoh seperti berleher panjang, dagu besar, telinga capang dan hidung bengkok.

Anggaran Waktu Membaca:
Model hodoh tarik perhatian dalam Minggu Fesyen di London
Diterbitkan : 16 Feb 2018 07:05PM Dikemas Kini : 16 Feb 2018 07:14PM

LONDON: Sebuah agensi model unik dikenali sebagai Ugly Model menarik perhatian dunia apabila menyediakan perkhidmatan model hodoh seperti berleher panjang, dagu besar, telinga capang dan hidung bengkok.

Ugly Model, sebuah agensi peragawati di London dianggap unik kerana hanya melahirkan model-model yang tidak kacak atau cantik.

Bersempena Minggu Fesyen yang berlangsung di ibu kota Britain, model-model yang menghiasi pentas peragaan kali ini tidak seperti kelaziman demi membawa kelainan dan perubahan, kata pemilik agensi itu, Marc French.

(Gambar: AFP)

"Ia bertujuan meraikan kepelbagaian sebenar dan membawa sedikit perubahan dalam dunia fesyen walaupun menggunakan model yang hodoh," kata French.

French menggambarkan Ugly Model, sebagai sebuah agensi model 'watak' yang menyediakan peragawati pelbagai saiz dan rupa termasuk gemuk, kurus, kecil dan lebar.

Mereka menjadi penambahan yang menarik perhatian selain penampilan model lebih sempurna yang lazimnya dilihat di pertunjukan fesyen di London.

"Lihat saja pelakon Perancis, Gerard Depardieu. Beliau bukan saja popular tetapi penuh dengan watak dan karisma.

"Beliau seksi kerana pesona yang tenang dan sangat berbeza," tambah French.

Sumber : AFP/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan